6 Senarai Taman Tema Di Seluruh Selangor & Kuala Lumpur

6 Senarai Taman Tema Di Seluruh Selangor & Kuala Lumpur: Musim cuti sekolah ataupun cuti umum, pastinya ramai ibubapa yang memikirkan tempat beriadah terbaik untuk anak-anak mereka. Salah satu pilihan popular ialah taman tema. Yup...musim cuti, pasti ramai ibubapa yang telah memikirkan taman tema terbaik yang berhampiran dengan kediaman mereka. Untuk memudahkan pilihan semua, kami senaraikan mengikut negeri....

Selangor & Kuala Lumpur

Beberapa taman tema popular pilihan pelancong termasuk ibubapa ada disini.
1. Sunway Lagoon Water Park
Senarai Taman Tema Di Seluruh Selangor & Kuala Lumpur-Sunway Lagoon Water Park



Pilihan antarabangsa dan pastinya ongkosnya juga tinggi di taman tema Sunway Lagoon. Mengikut harga terkini,

Admission Ticket                   Admission Rate (MYR) *Inclusive of GST

Adult
(12 years old and above)         RM150
Child
(11 years old and below)         RM 120
Senior Citizen
(60 years old and above)         RM 120

*untuk menempah tiket serta promosi,  sila klik link disebelah [Sunway Lagoon Pricing]

2. Desa Water Park, Kuala Lumpur
Pilihan terdekat untuk warga kota Kuala Lumpur. Harga tiket dewasa cuma RM37 manakala kanak-kanak bawah umur 12 tahun serta dibawah ketinggian 2½  kaki pula berharga RM26.50. Bagaimanapun diingatkan ibubapa,  Desa Water Park ini akan ditutup setiap hari Rabu termasuk cuti am atau khas. Layari laman online Desa Water Park disini.



Senarai Taman Tema Di Seluruh Selangor & Kuala Lumpur- Desa Water Park

3.  I-City Water World




Satu lagi pilihan menarik ialah di I-City Shah Alam Water World. Sebelum pembinaan water park, I-City dikenali sebagai taman tema berlampu yang sangat meriah ketika waktu malam. Pembinaan taman tema air pula menjadi tarikan dengan permainan Tornado Ride antara yang terbesar di asia. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 7.00 petang manakala taman tema ini akan ditutup pada setiap hari Selasa.

4. Wet World Shah Alam
Antara pilihan popular (bajet) bagi ibubapa ialah Wet World Shah Alam. Selain kosnya yang mampu milik, ianya juga merupakan taman tema air terawal yang dibina di Selangor.




5. Morib Gold Coast Resort
Satu lagi tempat yang menarik untuk percutian keluarga Gold Coast Morib. Admin pernah pergi tempat ni, memang best sesangat. Kos penginapan pun tidaklah terlalu mahal. Itu pun setelah dapat diskaun dari groupon. Bagaimanapun, seperti pantai Morib, Kelanang dan Bagan Lalang, pantai disini agak kurang baik untuk aktiviti mandi manda.




6. Bangi Wonderland - Bangi Avenue


Masih dalam pembinaan, namun bila siapnya (dijangka pada awal 2016) taman tema Bangi Wonderland ini nanti, warga Bangi, Kajang dan Shah Alam bakal menikmati satu lagi taman tema yang terbaik di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Difahamkan sekurang-kurangnya 15 permainan yang disediakan bakal menjanjikan keseronokan buat pengunjung.

Akan diupdate kemudian...

Senarai Hotel Dan Resort Di Bagan Lalang

0 comment... add one now