Ummi Nazeera Lega, Bapa Dihukum Penjara 31 Tahun Kerana Palsukan Dokumen

Ummi Nazeera Lega, Bapa Dihukum Penjara 31 Tahun Kerana Palsukan Dokumen : Ummi Nazeera hari ini melahirkan rasa syukurnya dengan keputusan pihak mahkamah setelah bapanya, Datuk Zainulabadin Mat Akhir, 64, dikenakan hukuman penjara 31 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur setelah didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen berhubung surat peletakan jawatan dan pemindahan saham milik isteri keduanya, sembilan tahun lalu.

Ummi Nazeera Lega, Bapa Dihukum Penjara 31 Tahun Kerana Palsukan Dokumen

Bapanya dikenakan hukuman penjara antara setahun hingga 10 tahun bagi setiap pertuduhan dan hukuman berjalan serentak bermula hari ini. Ini bermakna tertuduh hanya menjalani hukuman penjara selama 10 tahun.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi selesai namun menaikkan wang jaminan daripada RM200,000 kepada RM250,000 dengan seorang penjamin. 

Mengikut pertuduhan pertama sehingga 10, Zainulabadin didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen bagi beberapa dokumen bagi memindah milik 1.68 juta unit saham syarikat Mutiara Efektif (M) Sdn.Bhd., daripada Datuk Maziah Musa, 51 , selaku pemberi pindah milik, kepada anak tertuduh, Ahmad Fikhri. 

Selain itu, dia juga dituduh menggunakan dokumen palsu untuk melantik anaknya, Ahmad Fikhri dan Nor A'khilah sebagai pengarah syarikat B.TIS Manufacturer Sdn. Bhd. Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Indah Secretarial Management, 18-1, Jalan 15/48A, Sentul Raya Boulevard, Sentul, antara Disember 2006 dan Mei 2009. 

Dalam penghakiman, Norsharidah berkata keterangan ahli kimia kerajaan telah mengesahkan antara tulisan dan spesimen tanda tangan pengadu (Maziash) dalam kesemua dokumen yang dipertikaikan dipalsukan. 

Beliau menyifatkan kes itu berlaku disebabkan masalah keluarga yang bersifat tamak dan dendam. Terdahulu, Maziah memberitahu mahkamah bahawa kesan daripada tindakan tertuduh menyebabkan beliau hilang hak sebagai pengarah dan juga pemegang saham bagi syarikat berkenaan. 

Sejurus mendengar keputusan mahkamah, Maziah tidak dapat menahan sebak dan terus memeluk Ummi Nazeera dan anak lelakinya, Ahmad Nazreem yang sentiasa memberi sokongan terhadapnya sehingga kes selesai.

Ummi turut menyatakan kini segala keperitan ibunya telah berakhir. "Saya mengagumi ibu saya yang begitu tabah melalui segalanya.

Saya dan abang saya sentiasa di belakang ibu saya," katanya.

via

0 comment... add one now