Kenyataan Rasmi SPRM Kes Suami Dera Isteri

Kenyataan Rasmi SPRM Kes Suami Dera Isteri,ok?: Dibawah merupakan kenyataan rasmi dari pihak SPRM berkaitan kes seorang suami yang didakwa mendera kejam isterinya sendiri.

Kenyataan Rasmi SPRM Kes Suami Dera Isteri

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM

SPRM TIDAK BERKOMPROMI SALAH LAKU PEGAWAI

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia memberi kerjasama bersama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan laporan polis mengenai dakwaan seorang wanita telah dipukul oleh suaminya yang merupakan pegawai SPRM dan tersebar di media sosial baru-baru ini.
Susulan itu, SPRM juga telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawai terbabit dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin sekiranya terbukti bersalah.
SPRM juga meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan isu ini dan memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
27 OKTOBER 2016


0 comment... add one now