Staff Satay Hj Samuri TAK AMANAH & Kasar Dengan Pengguna?

Staff Satay Hj Samuri TAK AMANAH & Kasar Dengan Pengguna?: Sekali lagi media sosial menjadi medan luahan rasa tidak puas hati netizen. Di group yang sama, Shah Alam Residen (tak suka ban orang) kali ini membabitkan pengguna dengan peniaga satay terkenal di Malaysia, iaitu satay Kajang Hj Samuri.

Pembeli yang membeli di cawangan Satay Kajang Hj Samuri di Flat PKNS Shah Alam ini mendakwa, satay yang dibelinya itu "short" sebanyak 4 batang.

Staff Satay Hj Samuri TAK AMANAH & Kasar Dengan Pengguna?

Beliau mengetahui perkara ini apabila mengiranya di rumah. Namun, yang turut menghairankan kami apabila bukan beliau seorang saja mendakwa terkena dengan perbuatan staff cawangan tersebut.

Beberapa pengguna lain turut mendakwa pernah mengalami kejadian serupa setelah membeli satay mereka. Perkara itu turut di tegur pengguna dilaman sosial rasmi Satay Kajang itu sendiri.
                                         




Dan tambah menarik apabila, untuk satu hari sahaja, seorag lagi pengguna telah memuatnaik posting mengenai kelakuan staff satay cawangan Hj Samuri itu.

Staff Satay Hj Samuri TAK AMANAH & Kasar Dengan Pengguna?

Semoga pihak pengurusan Satay Hj Samuri memandang serius teguran para pengguna.

Artikel ini bukanlah bertujuan menjatuhkan imej satay Hj Samuri, tetapi sebagai teguran dan reaksi balas pengguna terhadap mutu dan perkhidmatan perniagaan mereka.

Semoga terus suksess....

UPDATE: Permohonan Maaf Terbuka Pengurusan Satay Kajang Hj Samuri Kepada Pengguna

0 comment... add one now