Video & Gambar Remaja Perempuan Pandu Gen 2 Lawan Arus & Akibatkan Kemalangan Maut

Video & Gambar Remaja Perempuan Pandu Gen 2  Lawan Arus & Akibatkan Kemalangan Maut,ok!: Viral di Facebook satu kemalangan maut apabila sebuah Proton Gen 2 berwarna biru yang dipandu ramaja wanita melawan arus hingga mengakibatkan kemalangan maut dan membabitkan 4 buah kenderaan lain.

Video & Gambar Remaja Perempuan Pandu Gen 2  Lawan Arus & Akibatkan Kemalangan Maut

Video tersebut dirakam berlaku pagi tadi sekitar jam 8 pagi di Kilometer 134 Lebuhraya Utara-Selatan dari Permatang Pauh menghala Kepala Batas, Pulau Pinang.

Video & Gambar Remaja Perempuan Pandu Gen 2  Lawan Arus & Akibatkan Kemalangan Maut

Proton Gen 2 tersebut yang dipercayai dipandu oleh seorang remaja wanita telah dirakam menggunakan laluan bertentangan pada waktu jalan tersebut agak sibuk dengan kenderaan bertali arus.

Video & Gambar Remaja Perempuan Pandu Gen 2  Lawan Arus & Akibatkan Kemalangan Maut

Sudah pastinya kenderaan yang berada di hadapan tidak menyangka Gen 2 ini akan muncul dan menyebabkan kemalangan membabitkan empat kenderaan lain termasuk sebuah van kilang dan Proton Preve.

Video & Gambar Remaja Perempuan Pandu Gen 2  Lawan Arus & Akibatkan Kemalangan Maut

Proton Gen 2 terbabit remuk teruk di bahagian hadapan dan belakang. Malah kenderaan lain yang terbabit dalam kemalangan tersebut juga mengalami kerosakan teruk.

Video & Gambar Remaja Perempuan Pandu Gen 2  Lawan Arus & Akibatkan Kemalangan Maut

Walau bagaimana pun Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Katanya, kes disiasat mengikut Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu cuai sehingga menyebabkan satu kematian.

Video & Gambar Remaja Perempuan Pandu Gen 2  Lawan Arus & Akibatkan Kemalangan Maut

Beliau turut mengesahkan, kemalangan terbabit turut menyebabkan Mohamad Fandi Rosli iaitu pemandu Perodua Kelisa terkorban di tempat kejadian, manakala isterinya mengalami kecederaan parah.

Video & Gambar Remaja Perempuan Pandu Gen 2  Lawan Arus & Akibatkan Kemalangan Maut

Polis percaya remaja berumur 19 tahun itu yang memandu Proton Gen-2 memandu dalam keadaan mabuk.

“Kereta jenis Proton Gen-2 itu dipandu secara melawan arus dari Sungai Dua menghala Butterworth dan melanggar bahagian hadapan kereta Perodua Kelisa yang dipandu Mohamad Fandi.

Video & Gambar Remaja Perempuan Pandu Gen 2  Lawan Arus & Akibatkan Kemalangan Maut

“Kejadian itu menyebabkan kereta dipandu wanita terbabit terbabas ke sebelah kiri dan melanggar sebuah motosikal sebelum ia berpusing beberapa kali dan melanggar pula dua kereta serta sebuah van kilang,” kata Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid.

Memandu Lawan Arus, Remaja Perempuan Cina Dilaporkan Positif Syabu

Video 1


Video 2


sumber
https://kezoom.blogspot.my/2017/03/video-gambar-remaja-wanita-mabuk-pandu.html

0 comment... add one now