2 Remaja Di Tahan Selepas Maki Anggota MBPP

2 Remaja Di Tahan Selepas Maki Anggota MBPP | Dua remaja yang disyaki terlibat dengan kejadian memaki hamun tiga anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ditahan polis di sebuah kedai makanan segera di Bandar Baru Farlim, Ayer Itam  hari ini.

2 Remaja Di Tahan Selepas Maki Anggota MBPP

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kedua-dua remaja berusia 19 dan 25 ditahan kira-kira jam 4 petang.

Menurutnya, kedua-dua suspek berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga bulan dan denda RM1,000.

"Kita akan mengambil keterangan daripada kedua-dua suspek ini dan melengkapkan siasatan sebelum merujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,"katanya.

2 Remaja Di Tahan Selepas Maki Anggota MBPP

Semalam, video dua lelaki berkenaan yang memaki hamun tiga anggota penguatkuasa MBPP selepas tayar kenderaan mereka dikunci menjadi viral di laman sosial.

Tindakan mereka yang mengeluarkan kata-kata kesat termasuk menggelar anggota penguatkuasa itu sebagai anjing turut dikecam orang ramai.

Tambah membangkitkan kemarahan apabila salah seorang daripada lelaki berkenaan bertindak kurang ajar dengan melemparkan wang mereka kepada anggota penguatkuasa selepas diarahkan membayar denda sebelum kunci tayar di buka.


Penyabar betul akak penguatkuasa MPPP ni...melayan kerenah dua orang yg kurang ajar ni...
Posted by Video Viral on Wednesday, 7 October 2015


via
http://www.sinarharian.com.my/semasa/panas-punggung-selepas-video-jadi-viral-1.438611

0 comment... add one now