Mayat Kedua Kanak-Kanak Orang Asli Hilang Dikenalpasti Ika Ayel, Jumpa Di Bawah Akar Pokok

Mayat Kedua Kanak-Kanak Orang Asli Hilang Dikenalpasti Ika Ayel, Jumpa Di Bawah Akar Pokok | Mayat seorang lagi kanak-kanak orang Asli yang hilang sejak Ogos lalu disahkan sebagai Ika Ayel berumur 9 tahun.

Mayat Kedua Kanak-Kanak Orang Asli Hilang Dikenalpasti Ika Ayel, Jumpa Di Bawah Akar Pokok

Mayatnya sebelum ini ditemui di Sungai Mas, kira-kira 800 meter dari mayat Sasa Sobrie, 8 yang ditemui sudah reput, semalam.

Mayat Ika disahkan selepas ahli keluarganya membuat pengecaman. Mangsa dipercayai meninggal dunia kira-kira empat hari lepas.

Hari ini dua kanak-kanak orang Asli yang hilang di hutan sejak Ogos lalu ditemui selamat berhampiran Sungai Perias, Gua Musang.

Artikel: [GAMBAR] 2 Kanak-Kanak Orang Asli Di Temui Cengkung, Lemah & Tak Berdaya

Kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Norieen Yakob, 10 dan Mirsudial Aluj, 11, dan dalam perjalanan melalui jalan raya dari SK Tohoi ke Hospital Gua Musang.

Kedua-dua mangsa dilaporkan sangat lemah ekoran kekurangan zat makanan.

Berdasarkan penemuan itu, pasukan mencari dan menyelamat menggiatkan usaha untuk mencari baki murid-murid yang masih hilang.

Mayat Kedua Kanak-Kanak Orang Asli Hilang Dikenalpasti Ika Ayel, Jumpa Di Bawah Akar Pokok

"Difahamkan mangsa yang masih hidup telah bertindak membuang mayat rakan-rakan mereka ke dalam sungai selepas mereka meninggal dunia, bagaimanapun kes berkenaan masih diklasifikasi sebagai hilang.

Tujuh murid Orang Asli, terdiri daripada enam perempuan dan seorang lelaki yang berusia antara 7 hingga 11 tahun dari SK Pos Tohoi dilaporkan hilang pada 23 Ogos selepas bertindak lari dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka dikesan mandi di sungai tanpa kebenaran.

Tujuh murid terbabit ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11.

via
http://www.siakapkeli.my/2015/10/mayat-kedua-murid-orang-asli-yang.html

0 comment... add one now