3 Pegawai Kastam Cedera, 1 Koma Kereta Di Langgar Tonto

3 Pegawai Kastam Cedera, 1 Koma Kereta Di Langgar Tonto | Dua pegawai kastam dilaporkan parah selepas dilanggar sebuah kereta yang dipercayai tonto ketika melakukan operasi melibatkan sindiket penyeludupan minum keras jam 4 pagi tadi.

3 Pegawai Kastam Cedera, 1 Koma Kereta Di Langgar Tonto

Difahamkan ketika mengekori tiga buah kenderaan yang disyaki membawa minuman keras menuju arah Kangar, sebuah kereta Proton Perdana telah mengarahkan mereka memberhentikan kenderaan berhampiran Titi Tinggi, Perlis kira-kira satu kilometer dari sekatan jalan raya yang dilakukan Unit Pencegahan Penyeludupan.

Bagaimanapun pegawai kastam yang memandu Honda Odyssey itu enggan mengikut arahan mereka dan terus meneruskan perjalanan.

Marah dengan keadaan itu, pemandu berkenaan kemudiannya melanggar berkali-kali kereta yang dinaiki pegawai kastam berkenaan membuatkan mereka terbabas. 2 pegawai kastam tercampak keluar dari kenderaan.

Manakala tonto berkenaan melarikan diri ke arah Kangar.

Sementara itu, Pengarah Kastam Perlis, Kamarudin Jaafar mengesahkan kejadian dan berkata, dalam kejadian berkenaan tiga pegawainya dalam kereta berkenaan.

“Dua daripadanya parah akibat mengalami kecederaan pada bahagian kepala serta manakala seorang lagi iaitu pemandu cedera ringan.

“Pegawai yang berumur 24 tahun itu dilaporkan koma,” katanya.

#Terlalu banyak dan mudah melihat tonto....adakah tiada undang2 yg mampu menangkap serta mendakwa mereka?

via
http://www.sinarharian.com.my/semasa/dua-pegawai-kastam-parah-dirempuh-tonto-1.438454

0 comment... add one now