Seorang lelaki yang juga bekas anggota polis patah tulang rusuk selain cedera di muka, apabila dipukul sekumpulan penduduk kampung ketika cuba merompak sebuah rumah di Rantau Panjang, di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, suspek berusia 36 tahun itu bersama dua rakannya dikatakan memecah masuk rumah penduduk kampung sebelum kejadian itu disedari pemilik rumah dan penduduk.
Suspek kemudiannya dipukul penduduk kampung sehingga cedera sebelum ditelanjangkan, sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kesemua suspek sudah ditahan.
Katanya, suspek diberhentikan kerja sebagai anggota polis sejak empat tahun kerana terbabit dalam banyak kes berkaitan jenayah.
5 Gambar: Bekas Anggota Polis Di Belasah Penduduk Kampung Ketika Cuba Pecah Rumah
VideoViralMalaysia
5 Gambar: Bekas Anggota Polis Di Belasah Penduduk Kampung Ketika Cuba Pecah Rumah,ok: Semalam, kami menerima beberapa keping gambar dari netizen yang menyatakan seorang anggota polis berjaya ditahan orang ramai disebuah kampung di Rantau Panjang. Suspek berjaya ditahan ketika cuba memecah masuk sebuah rumah. Penduduk yang berang, telah membelasah suspek dengan teruk. Hari ini menerusi Berita HarianOnline, perkara tersebut telah disahkan.
0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →