[GAMBAR] Motor Meletup Angkara Bom Buatan Sendiri, Suami Isteri Maut

[GAMBAR] Motor Meletup Angkara Bom Buatan Sendiri, Suami Isteri Maut,ok: Mengejutkan apabila sepasang suami isteri maut selepas motosikal ditunggang mereka meletup dipercayai angkara bom buatan sendiri yang dipasang pada motosikal itu.

 Motor Meletup Angkara Bom Buatan Sendiri, Sepasang Suami Isteri Maut

Kejadian berlaku kira-kira 9 pagi tadi di Kilometer 10 Jalan Gua Musang-Kampung Pulai, ketika pasangan berusia 72 tahun itu dalam perjalanan ke kedai makan berdekatan untuk sarapan .

Mangsa dikenal pasti sebagai Cha Mok Liong dan Fong Ah Fong dari Kampung Batu Papan 2, di sini.

 Motor Meletup Angkara Bom Buatan Sendiri, Sepasang Suami Isteri Maut

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Saiful Bahri Abdullah mengesahkan kejadian dan memaklumkan seorang lelaki berusia awal 20-an dipercayai ada hubungan kekeluargaan dengan mangsa ditahan untuk membantu siasatan.

Katanya, mayat mangsa berkecai dan ada bahagian badan yang terputus tercampak kira-kira 100 meter ke kawasan berhampiran.

 Motor Meletup Angkara Bom Buatan Sendiri, Sepasang Suami Isteri Maut

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu termasuk motif kejadian sebenar .

"Kita turut dibantu pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan," katanya.

 Motor Meletup Angkara Bom Buatan Sendiri, Sepasang Suami Isteri Maut

 Motor Meletup Angkara Bom Buatan Sendiri, Sepasang Suami Isteri Maut

Beliau juga menasihati orang ramai supaya tidak mengaitkan insiden itu dengan isu perkauman, agama mahupun jenayah merentasi sempadan.

#Kerja gila betul la...macam2 hal orang buat skg nih...diharap pihak polis berjaya atasi jenayah2 kejam begini....

via
http://www.hmetro.com.my/node/83176

0 comment... add one now