Ngeri, Leher Remaja Tembus Tertikam Besi Pengangkat Buah Sawit

Ngeri, Leher Remaja Tembus Tertikam Besi Pengangkat Buah Sawit,ok: Mengerikan sekali apabila melihat gambar leher seorang remaja lelaki ditembusi besi pengangkat buah sawit seperti yang dilaporkan Fanpage I Love Sungai Besar.

Ngeri, Leher Remaja Tembus Tertikam Besi Pengangkat Sawit

Kejadian dilaporkan berlaku di Kg Tebuk Jawa, Sungai Besar Selangor.

Ngeri, Leher Remaja Tembus Tertikam Besi Pengangkat Sawit

Remaja tersebut, Nazif Azamuddin Mohd Yusuf, 15, merupakan bakal calon peperiksaan bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Isnin depan.


Kejadian berlaku sekitar 10.00 pagi Isnin lalu, Nazif Azamuddin sedang membantu rakannya memunggah kelapa sawit, namun dia terjatuh sebelum tertusuk besi sepanjang 1.2 meter itu.

Ngeri, Leher Remaja Tembus Tertikam Besi Pengangkat Sawit

Menurut bapa mangsa, Mohd Yusuf Mohd Daduri, 49, berkata, anak ketiga daripada tujuh beradik itu tidak bersekolah pada hari kejadian kerana bercuti ekoran jerebu sebelum bertemu dengan rakannya yang sedang memunggah sawit.

Ngeri, Leher Remaja Tembus Tertikam Besi Pengangkat Sawit

"Saya hanya mengetahui kejadian itu kira-kira jam 10.30 pagi selepas dimaklumkan rakan. Saya kemudian membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), di sini, untuk rawatan lanjut namun dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan lanjut," katanya.

Ngeri, Leher Remaja Tembus Tertikam Besi Pengangkat Sawit
Ngeri, Leher Remaja Tembus Tertikam Besi Pengangkat Sawit

Tambahnya, besi yang tertusuk pada badan anaknya juga sudah dikeluarkan dan kini keadaannya stabil namun perlu dipantau pasukan perubatan.


#Semoga Nazif Azamuddin segera sembuh dan kecederaan ini tidak memberikan kesan besar buat beliau.

via
http://www.hmetro.com.my/node/83255
https://www.facebook.com/ILoveSgBesar

0 comment... add one now