REALITI KEHIDUPAN ASNAF, GADIS 14 TAHUN INI SELONGKAR SAMPAH DEMI SESUAP NASI

REALITI KEHIDUPAN ASNAF, GADIS 14 TAHUN INI SELONGKAR SAMPAH DEMI SESUAP NASI: Kisah ini asalnya dipetik dari Facebook Is Mawi @ https://goo.gl/yFtrCG

INILAH KEHIDUPAN ASNAF

REALITI KEHIDUPAN ASNAF, GADIS REMAJA SELONGKAR SAMPAH DEMI SESUAP NASI

Hari ini semasa kami, Skuad Asnaf ronda untuk ziarah rumah rumah asnaf, kami terserempak dengan seorang kanak kanak yang sedang selongkar Tong Sampah. Mencari sesuatu untuk dikumpul.

Kami berhenti dan bertanya keadaan adik ini. Namanya Mira.Cantik. Umur 14 tahun. Masih sekolah. Sudah susah payah mengumpul bahan buangan untuk mencari sesuap nasi. Mengayuh basikal dari pukul 2 sehingga senja, sejauh beberapa Kilometer dari satu tong sampah ke tong sampah. Kami didalam kereta masing masing diam. Sentap.

Kemudian perasaan kami lagi disentap hebat bila dibawa ke rumah adik Mira ini. Rumah ini sebelah tanah kubur.Kena lalu tanah perkuburan......

Kisah di rumah adik Mira ini saya akan sambung malam nanti. Bimbang mata terus masuk habuk dan debu.

Inilah kisah Asnaf.Hidup Asnaf.


Sambungan Kisah Kehidupan Asnaf

Kisah adik Mira ini diteruskan dengan kami dibawa ke rumah dia. Beberapa skuad mula saling bertanya kenapa adik Mira berhenti di sini. Ini Tanah Kubur! Ya tanah kubur. Adik Mira ukir senyuman pada kami dan menunjuk ke arah seberang kubur. Samar samar kelihatan atap zink lama.

Kami kemudian berjalan melintasi tanah kubur untuk ke rumah adik Mira. Macam macam berlegar di fikiran kami. Tiba di depan rumah adik Mira kami sedikit tergamam melihat keadaan rumah ini. Sangat daif.


Salam kami disahut dari belakang rumah.Entah mengapa ziarah kami kali ini begitu lain, hiba sebak semua bercampur.Terpandang sahaja keadaan ayah adik Mira kami bagai hilang kata kata.Pecah hening bisu kami bila ayah adik Mira membuka bicara.

Ayah adik Mira ni ,Muhammad namanya berusia 61 tahun.Kudung sebelah kaki. Jari manis kedua tangan juga tiada. Terpaksa dipotong angkara jangkitan Barah Tulang. Tiada upaya sudah 7 tahun. Tongkat kayu inilah yang digunakan Pakcik Muhammad.


Kami janji akan dapatkan "Wheelchair" dan tongkat baru untuk pakcik. Ibu adik Mira pula mengambil upah mencuci botol dan juga cawan di warung.

REALITI KEHIDUPAN ASNAF, GADIS REMAJA SELONGKAR SAMPAH DEMI SESUAP NASI

Atas pendapatan ibunya inilah digunakan untuk beli sedikit makanan harian. Menyara dan mengisi perut 6 beranak. Anak anak berumur 16 , 14 , 8 dan 6 tahun. Masih kecil dan belajar memahami keadaan hidup.


Kami terfikir sejenak, bagaimana jika ibu adik Mira ini juga jatuh sakit? Makan apa mereka?Minum mereka bagaimana?Masa depan keluarga ini bagaimana.Bagaimana???

Inilah realiti hidup Asnaf.Kisah Asnaf. Perit jerih Asnaf.


Kapten Mawi
Skuad Asnaf
29/9/15 Selasa

0 comment... add one now