Aksi Wanita Ini Menggerunkan, Meniti Tali Dengan Berkasut Tumit Tinggi

Aksi Wanita Ini Menggerunkan, Meniti Tali Dengan Berkasut Tumit Tinggi : Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) mengejutkan orang ramai yang menghadiri sebuah festival di Brazil, baru-baru ini apabila berjaya meniti tali pada ketinggian 840 meter hanya menggunakan sepasang kasut tumit tinggi.

Aksi Wanita Ini Menggerunkan, Meniti Tali Dengan Berkasut Tumit Tinggi

Dengan kasut tumit tinggi warna merah jambu, Faith Dickey, 26, dari Austin Texas meniti halang­an Pedra da Gavea yang terkenal di Brazil, dibantu seutas tali yang dipintal pada sebuah gelung.

Aksi Dickey yang dibuat semasa Festival Highgirls Brazil dirakam seorang peserta festival, Reginaldo Gomes yang secara kebetulan menyedari percubaan wanita itu.

“Sebelum melakukan aksi berani itu, saya pada mulanya memeriksa regangan tali tanpa memakai kasut.

Aksi Wanita Ini Menggerunkan, Meniti Tali Dengan Berkasut Tumit Tinggi

“Kemudian, saya memakai ka­sut tumit tinggi untuk lebih ca­baran,” kata Dickey sebagaimana lapor mirror.co.uk.

Jelasnya, aksi itu merupakan yang pertama dilakukan di Rio dan dia menikmati pemandangan indah sekitar bandar raya ini.

Dickey berkata, aksinya kali ini lebih sukar kerana laluannya sedikit panjang.

“Selain itu, kasut tumit tinggi saya ini terlalu kecil, jadi saya perlu mencari kasut yang lebih sesuai,” ujarnya.

Aksi Wanita Ini Menggerunkan, Meniti Tali Dengan Berkasut Tumit Tinggi

via
http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/meniti-tali-guna-8232-kasut-tumit-tinggi-1.157218
http://www.dailymail.co.uk/news/article-3311965/US-woman-walks-wire-840m-air-wearing-pair-bright-pink-kitten-heels.html

0 comment... add one now