Selfie Terakhir Jururawat Hilang Di Hanyutkan Ombak & Arus Besar

Selfie Terakhir Jururawat Hilang Di Hanyutkan Ombak & Arus Besar| Seorang jururawat dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dan dihanyutkan arus deras di Pantai Pasir Pandak, Santubong petang Sabtu lalu.

Selfie Terakhir Jururawat Hilang Di Hanyutkan Ombak & Arus Besar

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu, mangsa, Nurul Wazieyana Mohd Yusof, 23, berasal dari Johor bersama lima rakannya dikatakan pergi ke pantai berkenaan bagi menghabiskan cuti hujung minggu mereka.

Ketika kejadian berlaku, mangsa yang bertugas di Hospital Umum Sarawak (HUS) bersama rakannya sedang berjalan berdua di gigi air sedalam paras betis. Bagaimanapun, tiba-tiba mang­sa terjatuh dan dipercayai terus dihanyutkan ombak yang kuat dengan keadaan air pasang.

Kelibat mangsa dikatakan terus hilang meskipun rakan-rakannya cuba menyelamatkannya. Ketika kejadian, air pasang besar dan ombak kuat.

Sementara itu, jurucakap pusat gerakan operasi negeri berkata, sepasukan anggota bomba dan penyelamat digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.52 petang.

Selfie Terakhir Jururawat Hilang Di Hanyutkan Ombak & Arus Besar

Pakaian Mangsa Di Temui

Pakaian milik Nurul Wazieyana Mohd Yusof yang dikhuatiri lemas di Pasir Pandak Sabtu lepas, ditemui beberapa kilometer dari lokasi terakhir jururawat berkenaan kelihatan.

Selfie Terakhir Jururawat Hilang Di Hanyutkan Ombak & Arus Besar

Baju biru, tudung serta anak tudung milik mangsa ditemui Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sekitar tengah hari di kawasan pantai, kira-kira lima kilometer dari jarak wanita berusia 23 tahun itu hilang di gigi air.

Manakala seluar hitam yang juga dipercayai milik wanita berkenaan ditemui sekitar jam 3.30 petang pada jarak kira-kira lima kaki dari pakaian lain ditemui.

Selfie Terakhir Jururawat Hilang Di Hanyutkan Ombak & Arus Besar

Katanya, untuk operasi mencari hari ini, anggota Bomba dan Penyelamat sedang menyusuri Sungai Batang Salak, pihak polis mencari di Sungai Santubong dan pihak JPAM di kawasan batu di tepi pantai.

Selfie Terakhir Jururawat Hilang Di Hanyutkan Ombak & Arus Besar

Keluarga mangsa, iaitu bapanya Mohd. Yusof Bin Othman, emak Zaiton binti Lip dan adiknya Muhd. Faiz Bin MOhd. Yuosf tiba di lokasi pukul 4.30 petang untuk menyertai operasi mencari

Petugas JPAM yang mengambil bahagian dalam operasi SAR mencari jururawat Nuru Wazieyana Mohd. Yusof menjumpai pakaian iaitu baju biru, tudung dan anak tudung, disyaki pakaian terakhir mangsa di lokasi 5 km dari tempat kejadian.

Selfie Terakhir Jururawat Hilang Di Hanyutkan Ombak & Arus Besar

Menurut pegawai JPAM, polis telah dipanggil ke tempat lokasi barangan ditemui. Barangan di serah kepada pihak polis sebagai barang bukti.

0 comment... add one now