Berkat Wajah Yang HODOH!

Berkat Wajah Yang HODOH!:  Seorang lelaki yang juga seorang penganggur berusia 42 tahun dianugerahkan lelaki paling hodoh Zimbabwe dalam pertandingan lelaki terhodoh yang berlangsug di sini baru-baru ini.

Berkat Wajah Yang HODOH!

Maison Sere yang kehilangan beberapa batang gigi dan berpakaian koyak berjaya mengalahkan lima peserta yang lain dan membawa pulang wang tunai $500 (RM2,200).

Berkat Wajah Yang HODOH!

"Saya ingin bersyukur kepada tuhan kerana akhirnya berjaya memenangi gelaran ini selepas hanya mendapat tempat keempat pada tahun lepas.

"Terima kasih juga kepada hakim kerana mengiktiraf saya sebagai pemenang," katanya dipetik AFP.

Berkat Wajah Yang HODOH!

Sementara itu, pemenang lelaki terhodoh Zimbabwe sejak tiga tahun berturut-turut sebelum ini, William Masvinu meluahkan rasa tidak puas hati kerana hanya mendapat tempat kedua dan membawa pulang $100 (RM430).

"Hakim tidak adil dan pihak penganjur perlu mencari hakim baru untuk mengadakan semula pertandingan ini," katanya.

Berkat Wajah Yang HODOH!

Pengajur, David Mochiwa berkata, dia mengadakan pertandingan ini sejak 2012 untuk meraikan "kecantikan dalam hodoh", katanya.

"Pertandingan tersebut sangat berjaya dan bercadang untuk mengadakan pertandingan lelaki terhodoh dunia," ujarnya.

via
http://www.sinarharian.com.my/global/tuah-berwajah-hodoh-1.454842

0 comment... add one now