[Gambar & Video] Lori Terbabas & Hempap Kereta Di Karak, Suami Isteri Nyaris Maut

[Gambar & Video] Lori Terbabas & Hempap Kereta Di Karak, Suami Isteri Nyaris Maut: Suami isteri nyaris maut selepas kereta dinaiki mereka dihempap lori membawa muatan besi bunga di kilometer 43.4 lebuh raya Kuala Lumpur-Karak, tengah hari tadi.

[Gambar & Video] Lori Terbabas & Menghempap Kereta Di Karak

Dalam kejadian 12.15 tengah hari itu, mangsa berusia 60 tahun yang memandu kereta sedang dalam perjalanan dari ibu negara menuju ke Kuantan bersama isterinya, 55,.

[Gambar & Video] Lori Terbabas & Menghempap Kereta Di Karak

Bagaimanapun setibanya di lokasi kejadian, lori yang dipandu lelaki berusia 33 tahun di lorong sebelah tiba-tiba hilang kawalan dan terbalik sebelum menghempap kereta itu menyebabkan kedua mangsa tersepit di dalam kenderaan mereka.

[Gambar & Video] Lori Terbabas & Menghempap Kereta Di Karak

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mansor Mohamad Nor berkata, akibat daripada kejadian itu, semua mangsa termasuk pemandu lori tersepit sebelum dikeluarkan oleh pihak Bomba dan dihantar ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan pesakit luar.


Menurutnya, pihak pengurusan lebuh raya, Anih Bhd sudah mengambil tindakan segera membersihkan jalan daripada muatan besi yang bertaburan atas jalan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

[Gambar & Video] Lori Terbabas & Menghempap Kereta Di Karak



Respect kat driver lori ni...seboleh2nya dia cuba elak dari langgar kenderaan lain ketika brek lorinya dah tak berfungsi...malang akhirnya dia terlanggar juga sebuah kereta...alhamdulilah tiada kehilangan nyawa...lokasi: Karak
Posted by Video Viral on Friday, 20 November 2015


via
http://www.hmetro.com.my/node/94488

0 comment... add one now