Mesej Terakhir Suara Anak Sebelum Ajal Jadi Pengubat Rindu - Hezry Hashim: Penyampai radio KL FM iaitu Hezry Hashim memberitahu isterinya masih trauma dengan kehilangan mengejut anak lelaki tunggal mereka Mohamad Amir, 22, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 18 November lalu.
Menurut Hezry, isterinya, Siti Surita Sheikh Salim masih terngiang-ngiang suara Allahyarham setiap kali mendengar kembali mesej suara terakhir yang dihantar kepada isterinya itu menerusi aplikasi WhatsApp sejam sebelum terlibat nahas.
"Pada hari kejadian Amir menghantar mesej suara kepada isteri saya memberitahu dia akan pulang ke rumah selepas selesai kerja kira-kira sejam sebelum kemalangan tersebut.
"Dalam mesej berkenaan dia mengadu berasa penat kerana bekerja lebih masa dan ingin berehat apabila pulang ke rumah.
"Isteri saya trauma apabila mendapat tahu tentang kejadian yang menimpa anak kami dan sehingga kini dia masih menyimpan mesej suara yang dihantar arwah kepadanya," katanya lapor Mstar.
Tambah Hezry, mesej suara berkenaan menjadi pengubat rindu mereka sekeluarga kepada arwah.
Selain Mohamad Amir, Hezry dan Siti Surita mempunyai tiga lagi cahaya mata perempuan.
Menceritakan kejadian tersebut, Hezry berkata, anaknya dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Putrajaya ke rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong dekat sini.
Mohamad Amir dipercayai gagal mengelak daripada sebuah kenderaan yang ingin membuat pusingan U di Lestari Perdana, Seri Kembangan dekat sini.
Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian dan mereka dimaklumkan mengenai perkara itu kira-kira dua jam selepas insiden berlaku.
Dalam pada itu, Hezry berkata, meskipun sedih dengan kehilangan anak lelaki tunggal mereka itu namun dia reda dengan ketentuan Allah.
"Arwah adalah harapan saya kerana dia anak lelaki tunggal kami tetapi dia dijemput ke sisi-Nya pada usia yang begitu muda.
"Sebagai bapa sudah tentu saya sedih dengan kehilangannya tetapi sebagai seorang Islam saya reda dengan berita berkenaan," katanya.
via
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/11/23/hezry-hilang-anak/
Mesej Terakhir Suara Anak Sebelum Ajal Jadi Pengubat Rindu - Hezry Hashim
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →