[Gambar & Video] Punca Sebenar Banjir Lumpur Di Highway Karak Didedah

Punca Sebenar Banjir Lumpur Di Highway Karak Didedah : Ini merupakan catatan asal di Facebook dari Khaidir Ahmad (bekas kakitangan kanan TV3 dan Berita Harian). Pendedahan beliau mengenai punca sebenar banjir lumpur yang mengakibatkan kerosakan beberapa kenderaan serta penutupan lebuhraya tersebut selama 2 hari.

JANGAN BOHONGI RAKYAT (1)

Punca Sebenar Banjir Lumpur Di Highway Karak Didedah

ini foto pembalakan di hulu Sungai Benus (di puncak tanah tinggi Hutan Simpan Kekal (HSK) Lentang yang mengalir ke tepi kuarters kakitangan Pejabat Hutan Lentang, yang musnah teruk dalam tragedi banjir lumpur pada petang Rabu 12 Nov 2015.

Punca Sebenar Banjir Lumpur Di Highway Karak Didedah

Gambar ini dirakamkan oleh petugas agensi penyelamat, sehari selepas tragedi berkenaan. Lihatlah sendiri tunggul pokok balak yg ditebang betul-betul berada di tebing hulu Sg Benus. Kalau ikut spesifikasi pembalakan lestari, pokok yg berada dlm kawasan zon penampan sungai (30 meter di kiri dan kanan tebing sungai tidak boleh disentuh sama sekali).

Punca Sebenar Banjir Lumpur Di Highway Karak Didedah

Ironinya, kawasan tebangan ini terletak beberapa ratus meter dari Pejabat Hutan Lentang! Adakah renjer hutan yang menjaga hutan simpan ini sudah buta matanya atau buat-buat tidak nampak? Ikuti pendedahan seterusnya di sebalik tragedi banjir lumpur di Hutan Simpan Lentang.

JANGAN BOHONGI RAKYAT (2)

Semalam saya memuat naik foto pembalakan di hulu anak Sungai Benus (di puncak tanah tinggi Hutan Simpan Kekal (HSK) Lentang yang mengalir ke tepi kuarters kakitangan Pejabat Hutan Lentang, yang musnah teruk dalam tragedi banjir lumpur pada petang Rabu 12 Nov 2015.

Untuk lebih jelas lagi bukti tragedi banjir lumpur Lentang berpunca daripada kegiatan pembalakan di Hutan Simpan Kekal Lentang, saya paparkan video ini, yang juga dirakamkan oleh petugas agensi penyelamat, sehari selepas tragedi berkenaan.

Punca Sebenar Banjir Lumpur Di Highway Karak Didedah

Lihatlah sendiri kemusnahan teruk kawasan hutan tadahan air di hulu anak Sungai Benus ini akibat kegiatan pembalakan rakus yang tidak menghiraukan larangan penebangan pokok di zon penampan sungai (30 meter di kiri dan kanan tebing sungai yang tidak boleh disentuh sama sekali).

Kenapakah bukti ini terus dinafikan sebagai punca tragedi banjir lumpur berkenaan? Ikuti pendedahan seterusnya di sebalik tragedi banjir lumpur di Hutan Simpan Lentang.

JANGAN BOHONGI RAKYAT (2)... semalam saya memuat naik foto pembalakan di hulu anak Sungai Benus (di puncak tanah tinggi Hutan Simpan Kekal (HSK) Lentang yang mengalir ke tepi kuarters kakitangan Pejabat Hutan Lentang, yang musnah teruk dalam tragedi banjir lumpur pada petang Rabu 12 Nov 2015. Untuk lebih jelas lagi bukti tragedi banjir lumpur Lentang berpunca daripada kegiatan pembalakan di Hutan Simpan Kekal Lentang, saya paparkan video ini, yang juga dirakamkan oleh petugas agensi penyelamat, sehari selepas tragedi berkenaan. Lihatlah sendiri kemusnahan teruk kawasan hutan tadahan air di hulu anak Sungai Benus ini akibat kegiatan pembalakan rakus yang tidak menghiraukan larangan penebangan pokok di zon penampan sungai (30 meter di kiri dan kanan tebing sungai yang tidak boleh disentuh sama sekali). Kenapakah bukti ini terus dinafikan sebagai punca tragedi banjir lumpur berkenaan? Ikuti pendedahan seterusnya di sebalik tragedi banjir lumpur di Hutan Simpan Lentang #disebaliktragedilentang
Posted by Khaidir Ahmad on Sunday, 15 November 2015


via
Khaidir Ahmad

0 comment... add one now