Sadis,Kerani Sekolah Agama Maut Dibunuh & Dirogol Perompak

Sadis,Kerani Sekolah Agama Maut Dibunuh & Dirogol Perompak: Melampau betul penjenayah sekarang...kepala otak memang fikir seronok diri sendiri je...ok x pe...kali ni masa korang, tiba masa ditangkap nanti tau la korang langit tinggi rendah. Memang harap korang dapat pembalasan la satu hari nanti. Time tu, muka korang akan dipampang di media sosial, dikeji dan kutuk masyarakat....serius!!!

Sadis,Kerani Sekolah Agama Maut Dibunuh & Dirogol Perompak

Terkini di Muar, seorang kerani sekolah agama Bukit Pasir, Muar ditemui mati dipercayai dibunuh di rumahnya di Sungai Terap, malam tadi.

Mangsa yang berusia 29 tahun ditemui pasukan polis yang menerima aduan jiran mangsa yang mengesyaki sesuatu apabila mangsa yang tidak keluar rumah, kira-kira jam 7 malam tadi.


Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati enjin kereta dipercayai milik mangsa tidak dimatikan, manakala pintu kereta di bahagian pemandu terbuka.

Difahamkan polis kemudian menemui mayat mangsa terbaring dalam keadaan separuh berpakaian di depan pintu bilik.

Mangsa maut akibat dijerut dan siasatan awal mendapati barangan berharga milik mangsa termasuk dokumen pengenalan diri dan telefon bimbit juga hilang.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat mengesahkan mangsa maut akibat perbuatan diatas.

#Tiba masa undang2 untuk penjenayah lebih ketat dikuatkuasakan...hutang darah balas darah, sedih tengok anak 11 bulan dah kehilangan ibu kerana penjenayah kejam!!!


Al Fatihah...
via
http://www.bharian.com.my/node/97635

0 comment... add one now