Siti Nurhaliza Mengandung 2 Bulan

Siti Nurhaliza Mengandung 2 Bulan : SAH kini...Usia kan­dungan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 36, kini sudah memasuki bulan kedua.

Siti Nurhaliza Mengandung 2 Bulan

Jika semuanya berjalan dengan baik dan rezeki menyebelahi, pe­nyanyi bergelar ‘si jantung hati Malaysia’ itu dijangka bersalin sekitar Jun atau Julai 2016.

“Ia, memang benar Siti Nurhaliza sudah mengandung. Kehamilannya kini dalam usia sekitar enam ke lapan minggu,” jelas satu sumber lapor Utusan Malaysia.

Seluruh keluarga terdekat me­ngetahui akan berita kehamilan itu beberapa hari sebelum majlis akad nikah anak tiri Siti, Asyraf Khalid yang berlangsung pada 1 November lalu.

Bercakap tentang pilihan Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa untuk tidak terlalu terbuka akan soal kehamilan ini, sumber berkenaan memberitahu ia adalah satu tindakan yang dibuat atas soal berkaitan sensitiviti.

Siti Nurhaliza Mengandung 2 Bulan

“Jika dilihat dalam kenyataan-kenyataan kepada media, baik Siti mahupun suaminya, Datuk Khalid sendiri tidak ‘mengiyakan’ berita kehamilan itu. Bagaimanapun, dalam masa yang sama, mereka juga tidak membuat ‘penafian’ kerana memang benar Siti sudah hamil.

“Tindakan ini bukan untuk membuatkan orang lain tertanya-tanya, juga bukan niat mereka untuk menyembunyikan berita baik itu. Tetapi dalam usia kan­dungan yang masih terlalu awal lagi, eloklah tidak terlalu didedahkan.

“Selain itu juga, pesan orang tua-tua juga diambil kira dalam soal ini. Tidak boleh terlalu bersuka ria dalam soal sebegini. Apabila sampai waktunya nanti, pada masa yang lebih sesuai, mereka akan tampil dan berkongsi berita baik itu dengan semua.

“Apa yang penting, kita semua memberikan doa agar Siti Nurhaliza yang kita sayangi sentiasa sihat dan melahirkan bayi sulungnya dengan selamat pada tahun depan,” kata sumber yang terdiri daripada keluarga terdekat pasangan tersebut.

Dalam pada itu, hasil siasatan pihak Utusan Malaysia juga mendapati, Siti Nurhaliza tidak terbang ke Palembang, Indonesia bagi meraikan majlis resepsi pernikahan Asyraf dan isterinya, Tya Ariffin yang berlangsung di sebelah pihak perempuan, malam ini.

Siti Nurhaliza Mengandung 2 Bulan

Ia juga adalah atas nasihat doktor supaya penyanyi berkenaan tidak menaiki penerbangan dalam waktu awal kehamilannya.

Spekulasi kehamilan Siti Nur­haliza tercetus pada malam pertama konsert Satu Suara Volume 2 di Istana Budaya pada 7 November lalu apabila penyanyi Hetty Koes Endang secara tiba-tiba melarang Siti untuk menari di pentas sambil menunjukkan ke arah perut pe­nyanyi berkenaan.

Selain itu juga, gurau senda ke­dua-dua penyanyi berkenaan di pentas juga merancakkan lagi spekulasi mengenai kehamilan tersebut. Bagaimanapun baik Siti mahupun Khalid mengambil pendirian untuk tidak mengesahkan hal berkenaan atas alasan tersendiri.

via
http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/kandungan-siti-masuk-bulan-kedua-1.157685#sthash.F8y4yqmu.dpuf

0 comment... add one now