Aktivis PPIM Di Lokapkan Selepas Bela Nasib Pengguna

Aktivis PPIM Di Lokapkan Selepas Bela Nasib Pengguna: Pihak polis diberitakan telah menahan dua aktivis PPIM rentetan dari tindakan aktivis PPIM membela nasib pengguna yang ditipu dan dikurung oleh penjual telefon bimbit di Kota Raya pada minggu lalu.

Aktivis PPIM Di Lokapkan Lepas Bela Nasib Pengguna

Apakah alasan mereka ditahan dan ingin direman? Adakah menjadi satu kesalahan membela pengguna yang ditindas? Adakah mereka tercabar selepas PPIM bertindak membela pengguna kerana tiada tindakan susulan pihak berkuasa?

Semua persoalan ini pasti bermain diminda rakyat selepas melihat apa yang berlaku. Ini lah realiti negara Malaysia sekarang, tak hairanlah jika ianya menjadi bahan jenaka dinegara luar.

Menurut info, pihak polis mengambil tindakan ke atas 2 aktivis PPIM di atas seksyen 506 iaitu ugutan jenayah selepas penjual telefon bimbit Kota Raya (yang melakukan penipuan dan mengurung pengguna) membuat laporan polis beberapa hari lepas.

Selepas ditahan dan ditempatkan di dalam lokap tahanan, polis cuba mendapatkan reman tambahan selama 7 hari tetapi permohonan untuk menahan reman ditolak selepas Puan Majistret mendengar hujah dan bantahan peguam yang mewakili kedua-dua Aktivis PPIM.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kedua-dua mereka dipanggil untuk diambil keterangan di Balai Polis Daerah Dang Wangi kira-kira jam 4 petang tadi.

“Mereka kini masih di dalam balai polis sejak dipanggil masuk kira-kira jam 4 petang tadi.

“Ini tidak masuk akal, tetapi apa-apa pun, kami serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan rakyat untuk menentukannya,” kata beliau menerusi The Rakyat Post.

Aktivis PPIM Di Lokapkan Lepas Bela Nasib Pengguna

Mengapa polis bertindak sedemikian keatas mereka yang membela pengguna, sedangkan tiada sebarang kekerasan atau isu perkauman yang ditimbulkan semasa PPIM menuntut kembali hak pengadu.?

Dalam pada itu, menerusi laman blog Parpukari menulis,"Kadang-kadang aku tertanya-tanya kenapa peniaga di Low Yat dan Kota Raya ni begitu kebal? Kenapa pihak KPDNKK tidak ambil tindakan? Apakah terlah berlaku perjanjian sefahaman antar pegawai dan peniaga jahat ini? SPRM kena siasat akan perkara ini. "

"Zaman dah maju, negara dah nak menuju 2020 tapi penguatkuasaan macam hampeh. Kadang-kadang dah buat aduan tapi tak jalan hingga membuatkan rakyat terpaksa mengambil tindakan sendiri. Bila dah kecoh kerana nak menuntut hak, yang menuntut dan teraniaya pulak dimasukkan ke dalam jail.", tulis beliau.

Minggu lalu, satu insiden pergaduhan tercetus di Kompleks Kota Raya selepas sekumpulan pengguna berang dan mendakwa ditipu oleh peniaga telefon bimbit di kompleks terbabit.

Susulan pergaduhan itu, seorang penjaga parkir ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah terhadap lima individu.

Dia bagaimanapun mengaku bersalah dan dihukum penjara empat hari dan denda sebanyak RM1,800.
Peniaga Tel Kotaraya Penipu
Peniaga handphone di Kotaraya akhirnya diserbu PPIM bersama pihak akhbar pada petang 15 Dis 2015....
Posted by Video Viral on Tuesday, 15 December 2015


via
1. http://parpukari.blogspot.my/2015/12/panas-berapi-bagaimana-aktivis-yang.html?m=1
2. http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/12/24/dua-aktivis-ppim-dipanggil-polis-berhubung-insiden-pergaduhan-kota-raya/

2 comments.. read them below or add one

Unknown Unknown Disember 26, 2015
Dicadangkan kepada PPIM, jika jiwa murni tu nak tolong orang, biarliah yang mendapat derma 2.6 billion Ringgit. Org kasta bawah bawah yang dok terliur konon murah dok pi cuba hidu dan jilat buat apa yang dikatakan murah, semuanya umpan.Awak awak yang nak mebela ni, sedarlah betul betul PRDM ialah Polis Raja DiMalaysia.
Unknown Unknown Disember 26, 2015
Diantara polis dan raja. Dunia berubah. Dari itu aku suka polis ganti tempat raja kerana polis nampak raja dari raja dan raja pula umpama dipelihara sebagai muzium hidup dek umpama orang red indian yang dah hampir pupus diamerika. Hanya segelintir saja org red indian yang dibiarkan kekal dari pupus. Mereka ditempatkan di tempat yang dinamakan Indian reservation ( lebih kurang dikira muzium hidup )hidup dalam cara tradidi turun temurun . Yang uniknya mereka mendapat gaji. Pelancong bolehlah melancong ketempat ini.Tak baik raja kita dibiar jatuh martabatnya., tak buruk juga umno ni mebela martabat raja kerana raja adalah simbol negara.