Dirotan 10 Kali Gara-Gara Maki Jiran,ok!:
SHAH ALAM: Seorang lelaki cedera dipukul jirannya menggunakan rotan sepanjang 0.8 meter di sebuah rumah di Jalan Karak, Klang, Rabu lalu.
Rakaman video berdurasi 1 minit 43 saat yang memaparkan mangsa dipukul serta wanita dan kanak-kanak menangis teresak-esak, dipercayai isteri dan anak mangsa turut viral di laman sosial.
Sumber berkata, mangsa berusia 52 tahun itu dirotan 10 kali di bahu, paha, punggung dan betis.
"Kejadian jam 3.30 petang ketika mangsa yang berusia 52 tahun dipercayai bertengkar dengan isterinya di rumah, sebelum datang seorang jiran berumur 60 tahun masuk campur.
"Tindakan itu menimbulkan ketidakpuasan hati mangsa yang bertindak memaki jiran dengan kata kesat dan lucah. Tidak lama kemudian, datang seorang suspek yang mengambil rotan dari dalam rumah mangsa serta bertindak memukul mangsa.
"Jiran yang dimaki mangsa adalah bapa kepada rakan karib suspek. Kejadian ini dirakam menggunakan telefon bimbit oleh seorang lagi lelaki dipercayai rakan suspek," katanya ketika dihubungi wartawan BH.
Sumber berkata, polis sudah merampas rotan yang digunakan dalam kejadian itu dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mendatangkan cedera menggunakan barang berbahaya.
Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urusetia Ketua Polis Negara, Senior Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Sumber
Berita Harian