Dihukum Mati Kerana Hina Islam Di Pakistan

Dihukum Mati Kerana Hina Islam Di Pakistan,ok!: Seorang lelaki Pakistan dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah menghina Islam di Facebook menurut peguamnya.

Dihukum Mati Kerana Hina Islam Di Pakistan

Hakim Shabbir Ahmad Awan menjatuhkan hukuman mati kali pertama membabitkan kesalahan di media sosial itu di Bahawalpur, kira-kira 600 kilometer di selatan ibu negara Pakistan.

Menurut pegawai pendakwa Shafiq Qureshi, Taimoor Raza didapati bersalah kerana menghina Nabi Muhammad menerusi laman media sosial itu.

Peguamnya Rana Fida Hussain berkata, Taimoor bertengkar dengan seorang pegawai dari jabatan antikeganasan, yang mendorong beliau mendakwanya berdasarkan komen yang dibuat di laman sosial terbabit.

Rana berkata anak guamnya tidak bersalah dan beliau akan mengemukakan rayuan.

Menghina Islam adalah dakwaan amat sensitif di Pakistan, yang boleh mencetuskan rusuhan dan keganasan walaupun belum terbukti. - AFP

sumber
http://www.bharian.com.my/node/291806?

0 comment... add one now