Terlalu Sayang, Ibu Kahwin Anak Sendiri

Terlalu Sayang, Ibu Kahwin Anak Sendiri,ok!: Seorang wanita di Zimbabwe dikecam teruk apabila membuat keputusan untuk berkahwin dengan anak lelakinya sendiri.

Terlalu Sayang, Ibu Kahwin Anak Sendiri

Disebabkan terlalu menyayangi dan tidak mahu berpisah dengan anaknya, Betty Mbereko, 43, dikatakan sanggup untuk menjadi isteri kepada anak tunggalnya, Farai yang berusia 26 tahun.

Perkahwinan Betty dan Farai bagaimanapun mendapat tentangan besar daripada keluarga dan orang ramai tetapi mereka tetap ingin meneruskan majlis tersebut.

Selain terlalu sayang dan tidak mahu kehilangan anaknya, Betty juga telah hidup sebagai ibu tunggal sejak 12 tahun lalu.

Menurut sumber Betty memberi alasan, berhak mengahwini anaknya kerana dia membesarkan Farai seorang diri tanpa bantuan sesiapa.

”Saya yang besarkan dia dengan hasil kerja keras saya sendiri, seorang diri.

”Jadi biarlah saya teruskan hidup dengan dia. Orang lain tidak berhak untuk menghalang,” katanya.

Farai pula berkata dia menerima ajakan ibunya itu dengan hati yang terbuka.

”Saya amat bersedia untuk menjadi suami kepada ibu saya. Saya juga amat menyayanyinya dan kami mahu hidup bersama selamanya,” katanya yang sanggup memikul tanggungjawab yang telah ditinggalkan bapanya.

Hasil daripada perkahwinan mereka, Betty telah selamat melahirkan anak kepada Farai, yang juga cucu kepadanya.

Perkahwinan ini sememangnya mendapat tentangan hebat dari segi agama dan budaya.

Sementara Ketua kampung memberitahu penduduk setempat tidak dapat menerima perkara ini dan menggesa agar dua beranak ini untuk segera berpisah atau berpindah ke tempat lain.

Sumber : Redpepper.co.ug
Olahan  : Izzat Ridzwan
Artikel: Astro Gempak

0 comment... add one now