Sniper Tun Mamat - Kisah Pasukan Gerak Khas Malaysia Di Bosnia,ok! | Assalamualaikum.. Dan selamat sejahtera. Semoga Allah s.w.t mempermudahkan urusan dan memberkati hidup kalian.
Kisah ini ditulis daripada rakaman aksi sebenar seorang anggota GGK (pendekar).
Semasa penglibatan beliau, Tun Mamat (bukan nama sebenar) di Bosnia (negeri atas angin). Hampir 2 tahun beliau terlibat dalam operasi perang di rantau Balkan pada tahun 94 dan 95.
Beliau menceritakan pengalaman dalam operasi menamatkan kepungan sniper di sebuah bandar yang dirahsiakan.
Sebelum operasi dijalankan, penduduk setempat berada dalam keadaan kebuluran walaupun bantuan berbentuk makanan telah dijatuhkan oleh tentera Nato dan PBB. Di sebuah bandar, penduduk Islam telah dikepung oleh sniper Serbia.
Sebelum ini penduduk tempatan yang cuba mendapatkan bekalan makanan akan menjadi sasaran Sniper. Maka Tun Mamat dan Skuadron beliau telah ditugaskan untuk menamatkan episod ngeri penduduk setempat.
Sebuah kisah: Tamatnya Kepungan Sniper.
Tun Mamat telah ditempatkan di sebuah bandar di negeri atas angin. Sementara menunggu arahan dan tugasan selanjutnya. Tun Mamat mengambil angin di luar sambil memakan roti dan daging. Datang seekor anjing dengan ekor bergerak-gerak ke kiri dan kanan. Lagaknya seperti meminta makanan. Lalu dicubit roti dan daging tadi lalu diberi kepada anjing tersebut. Makanan tadi Tun Mamat kongsikan bersama anjing tersebut selama 2 minggu berikutnya.
Seperti biasa tugasan diberikan untuk mengawal base dan sekali-sekala diberikan tugas untuk berkawal di pergunungan sekitar. Sebelum ini Tun Mamat telah mendapat kawan baru yang akan mengekori Tun Mamat ke mana saja. Bagi sesiapa yang ingin mendekati Tun Mamat, pasti anjing tadi akan menggonggong dan mengeluarkan bunyi grrrr.
Tun Mamat berkata 'boy' maka anjing tadi akan mula diam. Baru lah yang lain boleh merapati Tun Mamat. Salah seorang pendekar berkata, “Wah, Tuan. Sekarang sudah membela anjing pula”. Maka Tun Mamat ceritakan apa yang berlaku. Bagaimana anjing tadi boleh rapat dengan beliau.
Tun Mamat mendapat arahan untuk menghadiri taklimat. Setelah berkumpul di markas, taklimat diberikan oleh Co bertugas. Di dalam taklimat, Tun Mamat diberikan tugas untuk membawa Skuadron beliau agar menamatkan kepungan sniper di sebuah bandar.
Ini kerana barangan makanan yang dihantar melalui udara tidak sampai ke tangan penduduk. Siapa yang keluar untuk mengambil makanan, tentu saja akan menjadi santapan sniper. Kedudukan sniper ini tidak diketahui. Maka penduduk setempat berada dalam keadaan kebuluran.
Setelah selesai taklimat. Pendekar menyediakan dan mencukupi peralatan dan senjata untuk digunakan. Termasuk binokular.
Tun Mamat bersama pendekar yang lain dan dibantu oleh Resistance (penentang awam) serta anjing tadi. Bergegas ke bandar tersebut dengan menaiki trak. Sampai di sebuah tempat yang ditetapkan. Mereka kemudiannya berjalan sejauh 20 km daripada sasaran. Tujuanya agar tidak dikesan.
Sampai di pinggir bandar, Tun Mamat disambut oleh penentang awam. Di antara mereka ada yang seumur 15 tahun sudah memegang senjata AK 47. Sebelum waktu fajar, pendekar dikehendaki berada di lokasi.
Setibanya di lokasi, Tun Mamat telah arahkan pendekar ke posisi masing-masing. Menunggu di celah bangunan runtuh. 3 hari yang pertama makanan yang di bawa telah dicatu sendiri. Tiada kesan sniper. Lalu mereka berubah tempat.
Kali ini Tun Mamat menunggu di depan timbunan makanan yang dijatuhkan oleh tentera helang. Keesokan harinya terdengar bunyi rifel memecah kesunyian. 'Pamm!' Kelihatan seorang penduduk yang kelaparan rebah. Malangnya tidak diketahui daripada arah mana penembak tersebut.
Tun Mamat mencari cebisan baju tentera zalim. Dalam jam 3 pagi waktu tempatan, Tun Mamat memanggil Boy. Dan beri Boy menghidu bau pakaian tadi. Seraya berkata, “pergi boy”. Maka Boy itu pun keluar menghidu.
Di tempat yang agak lapang, Boy tadi ditembak. Maka jelas kedudukan sniper hasil percikan bunga api malam. Tun Mamat hanya menunggu hingga ke siang hari ke 6. Dan memerhati kedudukannya sehingga keesokan harinya tanpa Tun Mamat bergerak.
Oleh kerana dalam kedudukan sabar menunggu, Tun Mamat terpaksa kencing di kedudukan posisi menembak dan makan roti atau biskut di tempat sama. Ekoran kurang makan maka kurang rasa untuk buang air besar.
Pada hari ke 8 Tun Mamat melepaskan tembakan. One down. Tun Mamat terpaksa menukar kedudukan agar tidak dikesan. Dalam masa menukar kedudukan, ambil masa makan dan bersihkan diri ala kadar. Mengambil kedudukan lain bersama budak umur 15 tahun bernama Abdul aziz.
Tun Mamat menunggu 5 hari berikut. Sebelumnya Tun Mamat telah membuat propaganda kepada penduduk setempat . Barangsiapa yang ingin mengambil makanan, hendaklah keluar pada malam hari. Penduduk keluar pada malam pertama selepas propaganda semuanya selamat. Begitu juga malam kedua. Apabila tiba malam yang ketiga..
'Pamm!' Terdengar bunyi tembakan. Maka bertempiaran penduduk lari menyelamatkan diri.
Jelas 2 kedudukan penembak. Kerana bunga api malam hari tersebut . Pada malam ke 14. Menunggu ke siang hari ke 16.
'Pamm'. Bull eyes. Tentera zalim rebah kerana bangun buang air. Hanya tinggal seorang lagi. Yang telah pergi ke kedudukan lain. Setelah rakannya tumpas, Tun Mamat berubah tempat kerana sedar situasi kosong.
Sebelum itu Tun Mamat mendapat berita bahawa pendekar lain turut dapat tumpaskan sniper.
6 tentera zalim tumpas. Hanya seorang ini memang terkenal lagenda dalam kalangan tentera zalim.
Pada hari ke 21 jelas keletihan terasa. Mata hampir kabur. Tetapi Tun Mamat masih di kedudukan menunggu sabar. Apabila hampir hari ke 28 Tun Mamat menunggu, tetapi masih tidak membuahkan hasil.
Maka datang Abdul aziz remaja berumur 15 tahun menghampiri Tun Mamat seraya berkata,
“Sir. Ovo je moja zemlja. Ja ću pokazati položaj strijelca”.( Sir. This is my country, I will show you a marksman)
Tun Mamat terdiam dengan kata-kata itu. Di dalam hati Tun Mamat berkata, 'Apakah remaja berumur 15 tahun dari Malaysia mampu mengorbankan nyawa atau mencontohinya?'
Tun Mamat mencium dahi Abdul Aziz . Seraya mengucapkan kalimah syahadah di telinganya. Allah Hu Akhbar. Abdul Aziz menjawab. Allah Hu Akhbar.
Tun Mamat melepaskan Abdul Aziz pergi di malam hari. Apabila Abdul Aziz keluar dan berada di tempat makanan di jatuh kan. Dia menjerit 'Allah Hu Akhbar'.
'Pamm!'.. terdengar bunyi tembakan. Melihat Abdul Aziz rebah, Tun Mamat menyelinap bersama pendekar lain ke kawasan bunga api malam.
Bermulalah insiden tembak menembak. Akhirnya tamatlah kepungan 30 hari memburu sniper. Serta tamatlah ketakutan penduduk yang cuba mendapatkan makanan.
Tun Mamat memenggal kepala sniper yang terakhir. Kepalanya dipacak atas besi. Dan badannya diikat supaya kelihatan sujud tanpa kepala. Di hadapan kepalanya.
Semoga roh Abdul Aziz aman di sana. Serta sedekahkan fatihah buatnya. Seorang remaja yang berani berkorban untuk tanah airnya. Supaya yang lain dapat menikmati kehidupan.
Hargailah keamanan yang ada.
#SniperTunMamat
sumber asal
SniperTunMamat

Salah seorang anggota MALBATT semasa di Bosnia |