Melintas depan nenek ni, terdengar dia cakap,
'Singgah laa. Nangka muda masak lemak sedap. Daun kunyit ada, ulam-ulam.
Bila aku toleh nenek ni tengah tersenyum. Aku singgah tengok apa yg dia jual kebanyakanya ada kat kebun sayur mak kat belakang rumah. Tak beli apa-apa tak senang hati pulak. So aku decided beli pisang sesikat. Walaupun kat kebun abah banyak pisang.
"Bagi saya pisang je la ye nek.".
Nenek senyum. Sambil ambik pisang nak letak dlm plastik pun dia senyum lagi. Time nak hulur kat aku masih tersenyum. Manis.. "3 ringgit nak".
Aku hulur RM5 and bagitau baki 2ringgit suruh dia ambik je. Tapi nenek tu tetap hulur RM2 kat aku and dia cakap,
"Tak boleh la mcm tu. kita berniaga kena ambik duit untuk barang yg di jual je.
"Takpe nek, saya halal kan.
Dia tersenyum. Bekeras nak bagi aku baki tadi. Siap letak dalam plastik bag aku. Aku tersipu-sipu senyum je la kat situ.
Then sebelum aku blah dia sempat letak daun kunyit seikat dlm plastik aku. Siap bagi tau klu letak dalam msakan lemak sedap. (Macam tau-tau aku nak masak ketam lemak cili padi balik nanti!)
Dia masih tersenyum and cakap 'berniaga kena sikit lebih kurang. Tk boleh pikir untung je. Klu kita ambik duit customer lebih belum tentu boleh jd kaya. Janji dapat jual cukup la. kena besyukur selalu. (Lebih kurang la ayat nenek ni.)
Terus aku teringat semalam pergi satu station minyak, beli air tin nescafe latte RM2.23. bila nak bayar kakak kat kaunter tu langsung tk senyum. Aku hulur RM5 then dia tanya aku ada 5sen? Aku jawab takde. Then dia bagi baki RM 2.75, maknanya dia charge aku RM2.25! Dia pow duit aku 2sen. Nampak macam amount yg sikit tapi kalau sehari 200 pelanggan dia dpt pow 2sen? Seminggu? Sebulan? Senang-senang je dpt untung kat situ.
Apa yg aku sedar kat sini, kita selalu tindas diri kita dengan buat-buat tk nampak bila berbelanja kat pasaraya besar or beli barang kat company-company ni, kalau dorang pow duit kita 5sen ke, 2 sen kita mcm tak kisah sebab nampak mcm jumlah yg kecik.
"Alah, 5 sen je pun"!
Tapi kita tak sedar dari 5 sen tu la they getting bigger and dorang untung sangat!
Tapi bila pi pasar malam ke, pasar ikan ke, beli barang kat peniaga tepi jalan kita selalu nak mintak kurang. Kadang sampai seringgit and lebih! Sedangkan dengan seringgit tu la dia nak ambik untung and buat upah dorang bepanas, hujan tunggu pelanggan. Kesian kan!
Teringat ada satu quote ni
'Please don't bargain hard with small vendors, they do business not to builds shopping malls, but to live & eat.'
So, selamat berjimat cermat even 2sen ye! Dan sila bertolak ansur dengan peniaga-peniaga kecil. Niat membeli sambil membantu.
via
Ala 5 Sen Je Pun
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →