Sahabatku Maduku ~ Kisah Benar Isteri Lamar Sahabat Untuk Suaminya: Atas dasar kasih dan sayang terhadap sahabatnya yang juga dianggap kakak, ahli perniagaan, Ida Nirwana Marzuki memutuskan untuk merisik, meminang seterusnya menjadikan wanita itu sebagai madunya.
Menurut Ida, 26, madunya, Norinie Rahmad, 35, yang juga yatim piatu disifatkannya sebagai pilihan terbaik untuk berkongsi kasih dengan suaminya.
Katanya, dia sendiri memujuk suaminya, Nurul Hakim Mohd Kusaini, 32, menerima Norinie.
"Pada awalnya suami agak keberatan kerana tidak pernah berhasrat untuk berkahwin dua selain tidak mempunyai apa-apa perasaan dan menganggap Norinie hanya rakan berniaga.
"Suami memaklumkan supaya diberi masa untuk berfikir. Dalam tempoh itu juga, hampir setiap hari saya memujuknya dengan memberitahu semua itu untuk menghalalkan hubungan, mengelak menjadi fitnah orang lain dan rasa tanggungjawab seorang sahabat," katanya.
Menurutnya, dia bersyukur suaminya akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan rakannya itu.
"Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Daripada merisik, bertunang sehinggalan kepada majlis akad nikah diadakan semalam (Rabu) pada 11 pagi di Masjid As-Syakirin, Desa Petaling dan dihadiri oleh keluarga terdekat serta saudara-mara.
"Penerimaan keluarga juga baik dan tiada sebarang masalah malah anak lelaki saya berusia tiga tahun juga sangat rapat dan manja dengan madu saya sehingga memanggil madu saya dengan nama 'didi'.
"Kami bercadang untuk tinggal serumah iaitu di kediaman saya dan suami di Taman Permaisuri, Cheras dalam masa terdekat ini," katanya.
Menceritakan detik perkenalan bersama madunya, katanya, dia mengenalinya awal Mei tahun lalu ketika menghadiri kursus yang menawarkan perundingan imej di sebuah hotel di ibu negara.
"Sejak itu hampir setiap hari, saya, madu dan suami keluar bersama. Selain menjadi rakan perniagaan, hubungan itu semakin rapat bukan hanya sekadar sahabat tetapi seperti kakak sendiri.
"Sepanjang tempoh lebih setahun ini, kami turut berkongsi mengenai kehidupan masing-masing apatah lagi saya juga sudah berpindah ke Cheras, berdekatan dengan kediaman madu. Jadi, hampir setiap hari kami meluangkan masa bersama," katanya.
Katanya, madunya juga baru kehilangan ibu tersayang pada Mei 2016 selain adik beradik yang lain sudah membawa haluan masing-masing selepas berkahwin.
"Dari situ, timbul simpati memandangkan madu hidup seorang diri di Kuala Lumpur. Saya mahu dia menjadi sebahagian daripada hidup saya menyebabkan saya membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai madu.
"Saya mengambil masa selama lebih dua bulan untuk melamarnya dan tidak ada sedikit pun perasaan sedih malah teruja kerana apa yang dilakukan memang di atas kerelaan hati saya.
"Walaupun ada wanita yang memandang poligami secara negatif, saya kini semakin bahagia biarpun terpaksa berkongsi kasih," katanya.
via
Harian Metro
Sahabatku Maduku ~ Kisah Benar Isteri Lamar Sahabat Untuk Suaminya
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →