Banjir Di US, Tentera Malaysia Dilaporkan Hilang

Banjir Di US, Tentera Malaysia Dilaporkan Hilang: Isteri kepada Kapten Hasman Hussin, 34, yang menuntut di Fort Leonardwood Missouri, Amerika Syarikat, Siti Hazwani Ahmad, 29, berkata, sehingga sekarang masih tergiang-giang pesanan suaminya agar tidak meninggalkan solat.

Banjir Di US, Tentera Malaysia Hilang

Siti Hazwani yang juga Pegawai Pertanian Tampin berkata, pesanan itu diucapkan suaminya yang menghubunginya pada 26 Disember lalu sebelum mangsa dilaporkan hilang di Amerika Syarikat.

Menurutnya, sebelum itu suaminya sempat berbual seperti biasa bersama anak sulung mereka Muhammad Aqil Tahfiz yang berusia 3 tahun.

"Suami sempat berborak-borak dengan anak sebelum bercakap dengan saya dan berpesan jangan tinggal solat.

"Suami juga beritahu ketika itu dia sedang bercuti sehingga 3 Januari depan dan tidak merancang untuk ke mana-mana," katanya.

Tambah Siti Hazwani, namun dia terkejut apabila dimaklumkan insiden yang menimpa mangsa sedangkan sebelum ini suaminya menyatakan mahu menghabiskan cuti dengan belajar di dalam bilik.

"Saya tetap mengharapkan suami saya dapat ditemui selamat dan biarpun dalam keadaan apa sekali pun saya akan terima," katanya.

via

0 comment... add one now