Ibu 2 Anak Hilang Tempat Bergantung, Rayu Bantuan Segera

Ibu 2 Anak Hilang Tempat Bergantung, Rayu Bantuan Segera: Tengahari tadi tergerak hati untuk buat U-Turn di pekan Tunjang dan patah balik apabila melihat seorang ibu mendukung anak kecilnya dan seorang lagi anak perempuannya dilihat berjalan dalam kepanasan tengahari terik melalui Klinik Kesihatan Tunjang.

Mulanya hati berfikir mungkin mereka hanya berjalan untuk ke klinik tersebut, tapi aku U-Turn jugak untuk kepastian.

Ibu 2 Anak Hilang Tempat Bergantung, Rayu Bantuan Segera

Ternyata bukan klinik itu hentian mereka. Sudah melepasi klinik tersebut dan aku berhenti untuk menumpangkan mereka. Mereka mahu ke Jitra. Ke Pejabat UMNO.

Inilah cerita beliau sambil tersesak-esak.

Nama wanita ini ialah : CHE AZIAH BT CHE MOHD ZAKI

Wanita ini berasal dari Terengganu. Wanita ini telah ditinggalkan suaminya beberapa bulan lepas. Ditinggalkan begitu sahaja. Setakat ini katanya tiada cerai dilafaz. Wanita ini menumpang dirumah mertuanya yang telah meninggal dunia dan membantu disebuah kedai makan. Di Terengganu pula dia sudah tiada sesiapa. Anak tunggal katanya dan ibubapanya telah meninggal dunia.

Beberapa hari lepas dia telah dilanggar lari sewaktu menunggang motosikal bersama-sama kedua anaknya tersebut sewaktu pulang dari kedai makan tempat dia bekerja. Anak kecilnya berusia 10 bulan nampak cedera teruk jugak dimuka. Jadi pekerjaannya terhenti kerana tiada kenderaan untuk berulang alik. Ya, dia bekerja dengan membawa kedua-dua anaknya itu.

Tujuannya ke Pejabat UMNO ialah untuk mencuba meminta bantuan. Saya bertanya samada dia ada ke JKM atau pihak berkaitan. Ya, dia sudah pergi dan disinilah dia mula menangis.

Katanya terlalu banyak prosedur yang dia terpaksa buat sebelum permohonannya boleh diproses. Banyak borang-borang hatta kad pengenalannya yang terkoyak, dimintanya dibuat baru dahulu sebelum permohonannya boleh diproses. Dengan kesempitan wang, katanya dia tak mampu untuk uruskan benda-benda tu. Hendak masuk jumpa pegawai terus, dihalang.

Saya turunkan beliau di Pejabat UMNO jitra dan hanya mampu memberi sedikit sumbangan padanya.
Saya berkongsi cerita ini kerana saya tahu, kita didunia Facebook ini adalah "kaya". Kita kaya dengan rasa "INSANI" yang boleh membantu ibu ini dan anak-anaknya agar dapat hidup sempurna dari apa yang mereka lalui sekarang. Saya tahu kalau rakan-rakan kita sumbang seorang RM1 pun, sudah banyak untuk kita berikan kepadanya.

Saya berharap agar sumbangan kita dapat memudahkan dia untuk menyelesaikan perkara-perkara yang berkaitan untuk memudahkan beliau meminta bantuan pihak-pihak berwajib.

Setakat ini beliau tidak memiliki akaun bank, insyaAllah saya akan usahakan bawa dia untuk membuka akaun bank nanti. Sementara itu, saya mengambil amanah dan tanggungjawab agar rakan-rakan semua dapat menggunakan akaun saya sendiri dahulu jika ada yang bermurah hati untuk menyumbang sedikit sebahagian rezeki yang ada. Saya akan serahkan sendiri kepadanya mengikut alamat yang diberikannya, insyaAllah.

MAYBANK
152068685188
SHAIROL RAFIZAN B MOHD RADZI
Tolong nyatakan maklumat ini semasa membuat traksaksi:
"PRIHATIN CHE AZIAH"
Supaya senang saya memantau transaksi. Jika ada yang membuat sumbangan melalui mesin CDM, diminta untuk Whatsapp atau mesej saya di Facebook maklumat transaksi supaya boleh direkodkan.
Whatsapp : 015 9628 4906
Moga sumbangan kita ini menjadi benih-benih untuk ganjaran yang lebih besar, jika tidak didunia, di akhirat nanti, insyaAllah.
Maklumat ringkas:
CHE AZIAH BT CHE MOHD ZAKI
NO14, KAMPUNG BARU, BATU 17
SEBERANG SUNGAI,
06000 TUNJANG
KEDAH
SUAMI LARI
ANAK 10 BULAN dan 4 TAHUN
KERJA MEMBANTU DIKEDAI MAKAN
BARU LEPAS EKSIDEN
KARENAH BIROKRASI MENYULITKAN UNTUK MENDAPAT BANTUAN KEWANGAN.
Bantulah bukan kerana siapa dia, bantu kerana dia juga manusia.
*Post ini akan diupdate dari semasa ke semasa jika ada pembetulan yang perlu dibuat.

- Shairol Rafizan Mohd Radzi

0 comment... add one now