MH132 Salah Arah, Juruterbang Terpaksa Pandu Pesawat Secara Manual

MH132 Salah Arah, Juruterbang Terpaksa Pandu Pesawat Secara Manual: Seorang juruterbang pesawat MAS berasa curiga apabila pesawat yang dikemudinya terbang melalui arah yang salah pada hari sambutan Krismas baru-baru ini.

MH132 Salah Arah, Juruterbang Terpaksa Pandu Pesawat Secara Manual

Keganjilan pesawat MAS MH132 yang berlepas dari Auckland, New Zealand untuk ke Kuala Lumpur itu bergerak ke arah selatan (arah yang salah) disedari oleh juruterbang.

Berasa curiga dengan apa yang berlaku, selepas 8 minit penerbangan, juruterbang tersebut kemudian bertanya kepada menara kawalan di Auckland kenapa pesawatnya tidak menuju terus ke Malaysia seperti biasa.

Pusat kawalan Auckland Oceanic dalam jawapannya memaklumkan bahawa pelan laluan penerbangan itu telah disediakan oleh syarikat Airways Cporporation, syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan aliran traffic udara di New Zealand.

Juruterbang tersebut kemudian mengawal pesawat itu melalui laut Tasman untuk kembali ke laluan asal ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, penumpang tidak diberitahu dengan apa yang berlaku. Dalam pada itu, seorang jurucakap Airways Corporation berkata siasatan sedang dijalankan untuk mengenalpasti punca kejadian berlaku.

Pakar penerbangan New Zealand, Peter Clark memuji tindakan juruterbang yang mengemudi pesawat tersebut.

"Juruterbang itu telah melakukan satu kerja yang baik dengan peka akan keganjilan itu, bertanya kepada menara kawalan dan tidak secara membuta tuli terbang dan berakhir di Laut Selatan.", katanya.

via

0 comment... add one now