MH370: Hilang Kuasa Elektrik Punca MH370 Jadi Pesawat Zombie

MH370: Hilang Kuasa Elektrik Punca MH370 Jadi Pesawat Zombie: Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang secara misteri pada tahun lalu mungkin berpunca akibat kuasa elektrik terputus menyebabkan ia terbang tanpa dapat dikawal, satu keadaan dipanggil Pesawat Zombie, kata satu laporan teknikal terbaru Australia.

MH370: Hilang Kuasa Elektrik Punca MH370 Jadi Pesawat Zombie

"Pesawat Zombie" antara beberapa teori yang dikemukakan pakar bagi merungkai misteri kehilangan MH370 pada 8 Mac 2014 lalu.

Portal berita Daily Beast melaporkan, laporan dari Biro Pengangkutan Australia (ATB) yang disiarkan pada minggu lalu mengandungi bukti menyokong teori berkenaan.

“Ia adalah perakuan rasmi pertama terhadap apa yang sebelum ini dianggap sebagai spekulasi mengenai kuasa elektrik terputus secara tiba-tiba yang menyebabkan sistem penting pesawat lumpuh,” kata portal dari Amerika Syarikat berkenaan.

Menurut laporan ATB itu, kehilangan kuasa elektrik berkenaan mungkin berlaku pada bila-bila masa dalam tempoh 56 minit antara jadual akhir penghantaran isyarat oleh Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) dan kegagalan syarikat itu berhubung dengan kru.

Selepas kegagalan bekalan kuasa elektrik itu, sekurang-kurangnya satu sistem dapat mengeset semula dan terus berfungsi. 21 minit selepas cubaan berhubung dengan MH370 gagal, sistem Unit Data Satelit (SDU) menghantar isyarat ‘ping’ kepada sebuah satelit milik Inmarsat.

Ping itu dihantar sekali setiap jam dan MH370 menghantar tujuh kali isyarat berkenaan sepanjang penerbangannya. Data satelit ini membantu pasukan mencari mengecilkan lokasi carian rangka MH370 di Lautan Hindi. ATB menyenaraikan empat senario kemungkinan yang menjadi punca kehilangan kuasa elektrik itu.

Pertama, bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba yang mengaktifkan Unit Tenaga Tambahan pesawat bagi mengembalikan bekalan elektrik.

Kedua, sesuatu dilakukan di kokpit menggunakan suis ‘overhead’.

Ketiga, seseorang masuk ke Pusat Peralatan Utama di bawah dek penerbangan dan menarik pemutus litar sebelum memasangnya semula.

Keempat, kegagalan teknikal yang kadang kala boleh berlaku. MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China.

Pesawat itu hilang dari radar tidak lama selepas berlepas dan terputus hubungan ketika tiba-tiba membelok ke kiri dan terbang ke arah barat daya menuju ke Lautan Hindi.

via

0 comment... add one now