Muslim Dimaki & Disimbah Kopi Kerana Solat Ditaman

Muslim Dimaki & Disimbah Kopi Kerana Solat Ditaman: Islamophobia!!! Seorang kakitangan awam California, Denise Slader, dilihat melontarkan kata-kata anti-Islam terhadap sekumpulan orang Islam yang bersolat di taman berhampiran Tasik Chabot hujung minggu lalu.

Muslim Dimaki & Disimbah Kopi Kerana Solat Ditaman

Rakaman video salah seorang mangsa, Rasheed Albeshari, menunjukkan wanita itu bersuara lantang ke arah kumpulan tersebut sambil menyatakan bahawa mereka telah “menyeksa” orang lain dan telah “dibrainwash”.

Seorang renjer taman muncul untuk menenangkan keadaan, namun Slader naik berang dan menyerang Albeshari kerana masih meneruskan rakaman.

Albeshari mendakwa dirinya turut disimbah kopi dan dipukul dengan payung.

Susulan kejadian itu, Albeshari memuat naik video berkenaan di laman Facebooknya yang kini telah menjana kira-kira 278,000 tontonan.

Baca: Bekas Tentera British Hilang Kaki Di Iraq Kongsi Surat Terbuka Kecam Islamophobia

Menurut Albeshari, beliau bersama beberapa orang rakan pada asalnya ke taman tersebut untuk bermain bola tampar dan menjalankan sesi BBQ.

Albeshari berada di dalam kereta apabila Slader mendekati rakan-rakan beliau yang baru selesai solat. Beliau mendakwa Slader bertanya adakah mereka mempercayai Jesus.

Mereka menjawab ya malah mereka menghormati Jesus namun Slader meneruskan kutukan terhadap Islam. Ketika itulah Albeshari keluar dari kereta dan mula merakam video.

#Islamophobia After praying, this lady approached us and started yelling at us that we're brainwashed for believing in Allah, "Allah is evil" she said. I started video taping her, I ,also, was hit by an umbrella before taking a shower of coffee right on my face. And what happened next was this..
Posted by Rasheed Albeshari on Monday, 7 December 2015


Selepas kejadian itu, Slader ke balai polis untuk menjelaskan keadaan dirinya sebagai mangsa dalam kejadian tersebut kerana Albeshari merakamnya di tempat awam tanpa kebenaran.

Ketika ditemubual oleh saluran televisyen tempatan KTVU, Slader mempertahankan tindakannya.

“Tuhan yang mereka sembah di taman itu secara terbuka, bukan tuhan sebenar, tetapi syaitan,” ujar Slader sambil menambah, “Nampaknya sudah tidak ada kebebasan bersuara.”

Sementara itu, Albeshari berharap agar Slader menghadapi pertuduhan di atas tindakannya yang nyata sekali merupakan jenayah kebencian.

Walau bagaimanapun, Albeshari menegaskan individu seperti Slader tidak mewakili rakyat Amerika secara keseluruhan.

"Ini cuma minoriti kecil Amerika. Ini bukan kita yang sebenar. Itu saya tahu," ujar Albeshari.

via

0 comment... add one now