Punca Sebenar Kekecohan Di Kota Raya Didedah

Punca Sebenar Kekecohan Di Kota Raya Didedah: Petang semalam Kompleks Kota Raya terpaksa ditutup sekitar jam 5.00 petang, setelah berlaku kekecohan apabila tujuh mangsa penipuan pembelian telefon bimbit menuntut wang mereka semula.

Punca Sebenar Kekecohan Di Kota Raya

Menurut aktivis masyarakat, Roslan Ismail, kehadiran mereka di kompleks berkenaan pada asalnya hanya untuk membantu mangsa yang ditipu.

"Kami tidak mahu timbulkan sebarang provokasi, tetapi kekecohan berlaku selepas seorang peniaga cuba menghalau dan bersikap biadab.

"Tidak salah jika mangsa mahu menuntut hak mereka," katanya ketika ditemui di kompleks berkenaan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Roslan berkata, hanya seorang mangsa yang berjaya mendapatkan kembali duitnya.
"Ada lagi yang tidak dapat wang mereka dan kami akan cuba bantu," katanya.

Dalam pada itu, selaki berusia 38 tahun ditahan sejurus insiden kekecohan di kedai telefon bimbit di Kompleks Kota Raya, petang semalam.

Lelaki terbabit disyaki menyerang kedai telefon dalam kejadian itu sebelum ditahan kira-kira 5 petang berhampiran lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis DaerahDang Wangi Supritenden Habibi Majinji berkata, suspek antara 15 hingga 20 individu terbabit dalam kejadian semalam.

"Mereka mendakwa pernah ditipu penjual telefon dan berkumpul selepas dipanggil seseorang melalui Facebook.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 148 dan 394 Kanun Keseksaan," katanya.

Dalam kejadian jam itu, dua lelaki cedera ringan selepas diserang kumpulan yang mendakwa pernah ditipu.

Terkini: Kota raya digegar....2 dilaporkan cedera...
Posted by Video Viral on Sunday, 20 December 2015

#Tengok kat Singapura haritu...sekali viral terus kena tangkap n dihukum penjara...kita???
via
http://www.hmetro.com.my/node/101382#sthash.AcyO5kxX.dpuf
http://www.hmetro.com.my/node/101565#sthash.ucjxxU8e.dpuf

2 comments.. read them below or add one

syed razali syed razali Disember 22, 2015
dh kene suap le tu.. tu yg polis buat2 tk nmpk..
syed razali syed razali Disember 22, 2015
dh kene suap le tu.. tu yg polis buat2 tk nmpk..