Hina Wanita Islam Berniqab: Pro BN Buat Laporan Polis, Gambar Di Muatnaik Nga Kor Ming: Pakatan Badan Bukan Kerajaan Pro Barisan Nasional hari ini membuat laporan polis terhadap anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming yang didakwa memuat naik gambar menghina pakaian wanita Islam berniqab dalam laman media sosial Facebook.
Presiden pakatan itu, Zulkarnain Mahdar berkata gambar yang dimuat naik pada 13 Disember lepas turut disertakan lukisan kartun seolah-olah melambangkan ketakutan seseorang apabila melihat wanita berpakaian mengikut syariat Islam itu.
Katanya perbuatan itu jelas memperlihatkan provokasi melampau terhadap wanita bertudung selain cuba menggambarkan golongan itu terlibat dengan aktiviti keganasan.
"Perbuatan dia (Nga Kor Ming) boleh mencetuskan persengketaan antara agama. Adakah dia mahu kami membalas balik perbuatannya?", katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu hari ini.
Zulkarnain berkata Nga tidak sepatutnya mempersendakan dan mempolitikkan perkara berkaitan agama sehingga boleh mengganggu keamanan negara.
Katanya walaupun Nga mempunyai pandangan tersendiri mengenai cadangan supaya pramugari memakai pakaian muslimah tetapi adalah tidak wajar membuat perbandingan dengan wanita berniqab.
Beliau berkata pihaknya akan menghantar memorandum ke Ibu Pejabat DAP pada Selasa depan sebagai tanda bantahan terhadap tindakan Nga selain memfailkan saman terhadap anggota Parlimen itu.
Nga kemudiannya memadam gambar tersebut dari laman Facebooknya.
via
Hina Wanita Islam Berniqab: Pro BN Buat Laporan Polis, Gambar Di Muatnaik Nga Kor Ming
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →