So Menteri Kalau Tak Nak Ngadap Jem, Hangpa Bangun Pagi Atau Balik Keja Lewat La: Cerita seorang pengguna jalan raya yang tidak memberi laluan kepada kereta rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pengkongsian hangat pengguna laman sosial.
Fadzil Khairi menceritakan bukan dia sahaja malah ramai lagi pengguna jalan raya yang di hadapannya yang tidak mempedulikan arahan polis trafik supaya memberi laluan kepada kereta yang dinaiki Najib.
Katanya, sikap pemandu termasuk dirinya yang enggan memberi laluan itu menyebabkan polis trafik yang bertugas mengelabah.
“Kami tak marah polis yang menjalankan tugas. Kami nak suruh menteri amalkan apa yang menteri cakap hari itu tu je pada rakyat – kalau tak nak bayar tol dan elak jem (kesesakan), sila bangun pagi.”
“So menteri kalau tak nak ngadap jem, hangpa bangun pagi atau balik keja lewat laa bhai… tak pun naik pengangkutan awam.. kata berjiwa rakyat,”
*** x teringat plak nk snap gambar polis dan kereta pok jib tu yg kelihatan x tentu arah x dapat lolos dr jem... terpana dgn panorama yg jarang2 dpt dilihat ni, tulis Fadzil.
Status dia itu dikongsi lebih hampir 3,000 pengguna Facebook dan menerima lebih 17,000 likes.
via
So Menteri Kalau Tak Nak Ngadap Jem, Hangpa Bangun Pagi Atau Balik Keja Lewat La
VideoViralMalaysiaNext post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →