Tiada Undang-Undang Kerah Pemandu Beri Ruang Kepada VIP Kecuali...: Baru-baru ini catatan seorang individu telah menjadi viral di laman sosial apabila beliau tampil mempersoalkan kewajaran dan sama ada perlu bagi pengguna jalan raya memberikan ruang kepada konvoi individu kenamaan atau ‘VIP’ .
Memetik sumber penulisan daripada The News Straits Times dan olahan laman blog Paul Tan’s Automotive, pakar undang-undang Datuk Jahaberdeen Mohamad Yunos, menyatakan bahawa tindakan itu adalah tidak perlu.
Ujarnya, ini adalah kerana tidak ada undang-undang memperuntukkan supaya perlu memberikan laluan kepada konvoi VIP apabila di jalan raya.
Bagaimanapun, setiap keadaan katanya perlu diteliti berdasarkan situasi yang tertentu.
“Kita perlu meneliti situasinya bagi membolehkan tindakan diambil.
“Jika VIP berkenaan ingin menghadiri mesyuarat rasmi dan terdapat pemandu yang menghalang beliau daripada menjalankan tugasnya, maka ya, dia (pemandu) boleh secara paksa diminta untuk bergerak.
“Tetapi jika VIP yang menggunakan jalan itu atas sifat peribadinya, maka pemandu lain tidak diperlukan untuk bergerak dan memberi laluan kepadanya,” memetik sumber laporan The News Straits Times itu lagi.
15 Disember lalu, menerusi catatan pengguna jalan raya tersebut mendakwa bahawa semasa sedang memandu di jalan raya, beberapa pengiring Polis yang menaiki motosikal telah mengarahkan pemilik kenderaan yang melalui jalan tersebut memberi laluan kepada sebuah kereta yang membawa individu kenamaan.
Baca: So Menteri Kalau Tak Nak Ngadap Jem, Hangpa Bangun Pagi Atau Balik Keja Lewat La
Bagaimanapun, pengguna jalan raya pada ketika itu enggan memberi laluan, begitu juga dengan kereta lain di hadapannya ketika itu.
Tindakan itu katanya sebagai memperjuangkan hak-hak sebagai rakyat Malaysia dan tindakan itu juga bukannya bertindak untuk memarahi pegawai-pegawai Polis berkenaan berikutan mereka sekadar menjalankan tugas yang diarahkan.
Individu itu juga memberi saranan supaya mempratikkan dan mengamalkan kenyataan serta nasihat yang diberi kepada rakyat.
Antara yang dicadangkan adalah seperti bertolak lebih awal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Pada awal November lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman mencadangan kepada pengguna jalan raya supaya mempraktikan amalan itu sebagai satu cara berikutan isu kenaikan tol baru-baru ini selain daripada menggunakan jalan bebas tol.
Persoalan tersebut turut diajukan kepada Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain, adakah sebarang tindakan akan diambil terhadap pengguna jalan raya berkenaan mengenai catatan beliau di laman sosial tersebut.
Katanya, beliau perlu menyiasat perkara itu terlebih dahulu sebelum memberi sebarang ulasan berkenaannya.
Sebagai rakyat Malaysia pandangan anda mengenai perkara ini.
Adakah anda bersetuju dengan tindakan pengguna jalan raya tersebut dan adakah amalan enggan memberi laluan memperlihatkan satu pandangan yang tidak baik?
via
Tiada Undang-Undang Kerah Pemandu Beri Ruang Kepada VIP Kecuali...
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →