[VIDEO] I-Half, Ikan Separuh Badan Masih Mampu Hidup Sehingga 6 Bulan

[VIDEO] I-Half, Ikan Separuh Badan Masih Mampu Hidup Sehingga 6 Bulan: Seorang lelaki memelihara seekor ikan yang kehilangan separuh badannya di sebuah pasar dan menamakannya I-Half, enam bulan lepas.

[VIDEO] I-Half, Ikan Separuh Badan Masih Mampu Hidup Sehingga 6 Bulan

Menurut Dailymail, Watchara Chote, 36 yang berasal dari Ratchaburi membeli ikan tersebut selepas berasa kasihan melihatnya di sebuah tangki di pasar ikan.

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik di YouTube, ikan tersebut dilihat bernafas secara normal walaupun gagal berenang (hanya terbaring) kerana kehilangan ekor dan separuh badan.

Ikan jenis Hypsibarbus Wetmorei bagaimanapun dilaporkan mati baru-baru ini. Watchara kemudian membeli sebuah keranda kecil untuk ikan terbabit menggunakan wang derma orang ramai.



via

0 comment... add one now