Aku mula membuka bicara selepas mulutku seperti digam dek sebak melihat kedaifan rumah mereka dan rumah sekeliling..
'Makcik sekarag kerje dengan cikgu Farhil (rakan sejawatku) kan sebagai pengasuh?'
'Iya cikgu syukur la cikgu Farhil ambik saya berkeja..boleh jugak saya menyara hidup' (baru jak mula kerja)
Sebenarnya untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka, nenek Ipeng melakukan banyak jenis kerja..kerja di ladang sawit,cleaner,jual buah-buahan dan mcm-mcm lagilah untuk menyara hidup mereka berempat (skrg 3 beranak sebab abg Ipeng lepasan SPM mula mencari rezeki di bandaraya Kota Kinabalu)
'Ipeng pernah makan KFC tak?' tanyaku..'Tak pernah lagi cikgu..cikgu pernah makan? sedap tak cikgu? macam sedap je saya nampak dalam iklan d TV tu cikgu' katanya dengan muka comelnya..dush! dush! sentap lagi aku..kita kadang-kadang makan pon tak habis padahal masih ada yang tak mampu nak merasa ayam KFC tu..
'Ipeng nk basikal tak?' 'Haikal (abg Ipeng tingkatan 2) nak pegi sekolah dengan basikal?' Tanyaku kepada 2 beradik nie..mereka angguk sambil tersenyum..malu la tu nak cakap nak basikal hehe..
Neneknye menceritakan ada waktu di mana si nenek nie tiada wang langsung walaupun hanya rm2 pada hari tersebut, si Haikal nie terpaksa lah berjalan kaki sejauh 6km untuk pergi dan balik ke sekolahnya..ini bukan cerita tahun 1982 taw,ini cerita tahun 2016!
'Makcik,td saya tgk-tgk dlm rmh makcik td,maw tnya baa tp jgn marah ar mak cik..TV dan Peti Ais tu masih berfungsi ke?'
'Rosak lama suda tu cikgu..sejak kematian suami saya (datuk Ipeng),kami tak mampu beli apa-apa sudah..uwaaaaa hatiku direntap lagi!
'Makcik,Ipeng,Haikal, begini la ya..hari jumaat kita keluar Kudat k..kita beli barang semua keperluan ya..kita beli basikal,kita beli TV,kita beli Peti Ais,kita beli barang dapur ya..Ipeng nk makan KFC?jom nnti kita pegi makan ya..Ipeng & Haikal pernah merasa bilik dalam aircond tak? Nanti cikgu carikan bilik hotel untuk korang ya..cikgu jugak nak buat akaun bank untuk Ipeng so lepas nie Ipeng bley menyimpan sana taw..jumaat kita semua keluar pulau nie ya'
Mereka angguk bersetuju dengan mata berkaca. Aku minta diri bersama linangan air mata.
p/s : InsyaAllah saya akan bawak keluarga ini ke pekan kudat pada hari jumaat ini..siapa yang mahu berjumpa sendiri dan ingin menghulurkan bantuan secara terus boleh berbuat demikian..nnti saya update lagi k..tq
— at Pulau Banggi, Kudat, Sabah
via
Abdul Hafiz
Kisah Ipeng Part 1: Kisah Pilu Seorang Anak Yatim Yang Di Bela Nenek