Polis Nafi Berbalas Tembak Tahan Penjenayah

Polis Nafi Berbalas Tembak Tahan Penjenayah | Angkara panik dan bimbang ditahan polis selepas diminta memberhentikan kereta, seorang remaja lelaki nekad memandu secara melulu dan berbahaya dari Sungai Abong ke bandar Muar sebelum dia dan pasangannya ditahan polis di Tanjung Agas, malam tadi.

Polis Nafi Berbalas Tembak Tahan Penjenayah

Ketua Polis Daerah Muar ACP Azman Ayob berkata hasil pemeriksaan, polis menemui dadah dipercayai heroin seberat tiga gram dalam beg dalam kereta berkenaan.

Katanya kejadian berlaku pada 9.15 malam itu tidak membabitkan berbalas tembakan seperti dilaporkan di sebuah laman sosial.

"Anggota polis peronda yang sedang membuat rondaan rutin sekitar Sungai Abong mendapati sebuah kereta dipandu dalam keadaan mencurigakan dan mengarahkan pemandunya memberhentikan kenderaan.

"Bagaimanapun, pemandu kereta memecut kereta ke pusat bandar (Muar) dan kemudian menghala Ledang," katanya.

Azman berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar yang menerima laporan daripada anggota peronda menghantar pasukan bantuan dan berjaya memberkas kedua-dua remaja itu, dipercayai pasangan kekasih kira-kira 30 minit kemudian di Tanjung Agas.

Katanya kereta yang dipandu remaja lelaki itu adalah milik keluarga dan ujian air kencing kedua-dua remaja berasal dari Ledang mendapati remaja lelaki positif dadah manakala remaja perempuan negatif.

Kedua-dua remaja berkenaan ditahan untuk siasatan, katanya.

via

0 comment... add one now