100 Kapal Nelayan & Pengawal Pantai China Ceroboh Perairan Negara

100 Kapal Nelayan & Pengawal Pantai China Ceroboh Perairan Negara,ok: Kerajaan mengesan 100 bot nelayan serta kapal pengawal pantai China menceroboh kawasan perairan Malaysia, hari ini.

100 Kapal Nelayan & Pengawal Pantai China Ceroboh Perairan Negara

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata pencerobohan di perairan Beting Patinggi Ali, Miri, Sarawak itu dikesan ketika pesawat Bombardier membuat pemantauan udara.

"Pesawat Bombardier dihantar meninjau dan mendapati terdapat 70 nelayan serta kapal pengawal pantai China, iaitu jumlah yang agak besar.

"Sebanyak tiga aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sudah dikerah ke kawasan itu, dua daripadanya sudah bergerak dan dijangka tiba pada malam ini, selain aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sudah berada di sana.

"Sesiapa yang masuk ke kawasan Malaysia termasuk zon kawasan ekonomi eksklusif akan diambil tindakan penguatkuasaan undang-undang," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Untuk info, ini bukanlah pertama kali China menceroboh kawasan berkenaan.

Pada pertengahan 2009, editor dan jurugambar majalah Chinese National Geography menjelajah dan mengambil gambar di kawasan Gugusan Beting Patinggi Ali.

Tujuan mereka bukan sahaja untuk menulis dan mengambil gambar mengenai kekayaan dan kehidupan di dasar laut, malah memacakkan tanda kedaulatan kawasan itu pada 1 Mei 2009. Bagi China, Shan Zhiqiang, Wu Lixin and Ma Hongjie sudah bertindak patriotik serta berjaya menyiapkan laporan terperinci, sesudah menjelajah kawasan terpencil penuh misteri itu.

100 Kapal Nelayan & Pengawal Pantai China Ceroboh Perairan Negara
Gugusan Beting Patinggi Ali
Penjelajahan itu memungkinkan mereka menerbitkan beberapa laporan dalam keluaran khas majalah 600 halaman itu, pada Oktober 2010. Berdasarkan gambar disiarkan, kawasan itu memang cantik, setanding kecantikan kawasan batu karang lain di dunia.

Kini, nelayan laut di Miri dikatakan semakin takut mendekati kawasan perairan gugusan terbabit kerana ancaman dan ugutan kapal pengawal pantai negara China sejak Mei lalu. Pengawal pantai dari China sentiasa berlegar dan memantau pergerakan nelayan kita di sekitar Beting Patinggi Ali.

Sebenarnya, kapal asing terbabit mengawal kawasan itu sejak tiga tahun lalu. Setiap kali nelayan Sarawak hampiri kawasan itu, mereka pasti dihalau dan diugut pengawal pantai China.-editor Berita Harian,Jeniri Amir.

via
Berita Harian

0 comment... add one now