Budak 12 Tahun Maut Dipanah Petir Ketika Bermain Bolasepak

Budak 12 Tahun Maut Dipanah Petir Ketika Bermain Bolasepak,ok: Seorang murid Tahun Enam maut selepas rebah dipercayai dipanah petir ketika bermain bola sepak di padang berhampiran rumahnya di Taman Cahaya, di sini petang tadi.

Budak 12 Tahun Maut Dipanah Petir Ketika Bermain Bolasepak

Dalam kejadian itu jam 5.30 petang, Muhammad Udin Dulkafi serta empat rakannya bermain bola di padang berkenaan sebelum hujan. Ketua Polis Daerah Kampar,

Superintendan Ng Kong Soon, berkata mangsa tiba-tiba rebah ketika guruh dan kilat berlaku. Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Kampar bersama ibunya sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.

"Hasil bedah siasat yang dilakukan pada jam 9 malam tadi mendapati punca kematian disebabkan kejutan elektrik akibat panahan kilat," katanya.

via
bharian

0 comment... add one now