Keluarga Aminulrasyid Menang Kes, Terima Pampasan RM414K

Keluarga Aminulrasyid Menang Kes, Terima Pampasan RM414K,ok: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membenarkan tuntutan saman sivil dikemukakan keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja yang maut terkena tembakan oleh anggota polis enam tahun lalu.

Keluarga Aminulrasyid Menang Kes, Terima Pampasan RM414K

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan keluarga itu mendapat ganti rugi sebanyak RM414,800 serta pihak defendan dikehendaki membayar kos guaman sebanyak RM50,000.

Saman sivil terbabit difailkan oleh ibu Aminulrasyid,Norsiah Mohammad, 67, dan kakak sulung remaja itu, Nor Azura Amzah, 46,selaku plaintif bagi menuntut ganti rugi di atas kematian remaja berkenaan.

Plaintif menamakan lima defendan iaitu Koperal Jenain Subi, bekas Ketua Polis Selangor Tan Sri Khalid Abu Bakar (kini Ketua Polis Negara), Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia.

Saman sivil itu difailkan bagi menuntut ganti rugi hampir RM50 juta atas dakwaan kematian Aminulrasyid, akibat luka tembakan di kepala berpunca daripada kecuaian Jenain.


via

0 comment... add one now