Jurulatih DEFTECH Maut Di Hempap Kereta Perisai

Jurulatih DEFTECH Maut Di Hempap Kereta Perisai,ok: Seorang jurulatih memandu kereta perisai maut selepas dihempap sebuah kereta perisai dalam kejadian kemalangan di trek pandu uji kilang syarikat berkenaan di sini kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Jurulatih DEFTECH Maut Di Hempap Kereta Perisai

Mangsa, Abdul Razak Abdul Jabbar, 46 maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Difahamkan mangsa yang berasal dari Kluang, Johor merupakan seorang pesara tentera yang mempunyai kepakaran dalam mengendalikan kenderaan.

Jurulatih DEFTECH Maut Di Hempap Kereta Perisai

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Amran Sidek berkata, ketika kejadian mangsa sedang mengajar seorang juruteknik, Mohd Amirnuddin Osman, 23, memandu kenderaan tempur berkenaan di litar pandu uji kilang itu.

"Ketika kejadian kereta perisai yang dipandu Amirnuddin sedang menuruni laluan bukit di litar berkenaan bagaimanapun ia hilang kawalan sebelum berpusing beberapa kali.

Jurulatih DEFTECH Maut Di Hempap Kereta Perisai

"Keadaan itu menyebabkan mangsa tercampak keluar dari kereta perisai itu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada pemberita hari ini.

Jurulatih DEFTECH Maut Di Hempap Kereta Perisai

Menurut Amran, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk dikebumikan di kampung halaman isterinya di Pahang Tua dekat sini.

Jelasnya, Mohd Amirnuddin yang mengalami kecederaan ringan di tangan turut dirawat di hospital sama.

via

0 comment... add one now