Video Detik Cemas Anak Singa Gigit Tengkuk Kanak-Kanak 3 Tahun

Video Detik Cemas Anak Singa Gigit Tengkuk Kanak-Kanak 3 Tahun,ok: Sebuah video di Russia menunjukkan detik mengerikan seekor anak singa menerkam kanak-kanak berusia tiga tahun yang cuba bermain dengannya dalam salji.

Detik Cemas Anak Singa Gigit Tengkuk Kanak-Kanak 3 Tahun

Anak singa bernama Faina itu yang diikat dengan rantai, berjalan dengan penjaganya di sebuah taman di Russia sebelum tiba-tiba menerkam ke arah kanak-kanak lelaki itu menyebabkan mangsa terjatuh.

Anak singa itu kemudian menggigit tengkuk mangsa menyebabkan kanak-kanak itu serta ibunya menjerit.

Faina cuma melepaskan mangsa selepas penjaganya Olga Orlova memukulnya dengan kuat berulang kali menggunakan batang kayu dan berjaya menariknya daripada mangsa.

Kejadian menakutkan itu berlaku di sebuah taman bandar di bandar Vladmir di rantau Vladimir Oblasy di Russia.

Menurut saksi, mangsa terselamat kerana memakai jaket musim sejuk yang tebal, sekali gus berjaya menghalang gigi anak singa itu daripada menyebabkan cedera. - Agensi



via
hmetro.com.my

0 comment... add one now