Pelajar Malaysia Selamat, Padang Huru Hara

Pelajar Malaysia Selamat, Padang Huru Hara,ok: Laporan televisyen Indonesia menyatakan gempa itu turut dirasai sehingga ke Padang di Sumatera Barat, Medan dan Aceh manakala air di pantai Meulaboh di Aceh Barat dilaporkan surut secara tiba-tiba yang dikhuatiri sebagai tanda tsunami.

Pelajar Malaysia Selamat, Padang Huru Hara

Ketua Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Andi Eka Sakya bagaimanapun berkata, penduduk diminta tidak panik dan sentiasa mematuhi arahan dikeluarkan.

Namun, ribuan penduduk di kawasan pantai di Padang dilaporkan bergerak ke kawasan tinggi di Kota Padang sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan dan keadaan di kota itu dilaporkan mengalami kesesakan teruk.

Sementara itu, Pengarah Education Malaysia di Jakarta, Dr Juzhar Jusoh ketika dihubungi berkata, 314 pelajar Malaysia di Aceh dan 78 pelajar di Andalas, Padang diarah berpindah ke tempat selamat.
Katanya, semua ketua pelajar sudah dimaklumkan supaya mengikut arahan ditetapkan dan Education Malaysia sedang menguruskan keperluan pelajar.

"Kita sedang memantau keadaan dan menghubungi ketua-ketua pelajar dan setakat ini kesemua pelajar tahu apa harus mereka lakukan. Mengikut laporan diterima, pelajar memberitahu gempa kali ini terasa kuat di Padang dan masa yang berlaku agak lama," kata beliau.

Artikel:Gempa Bumi Berukuran 7.9 Magnitud Di Pesisir Barat Sumatra, Amaran Tsunami Di Keluarkan

Beliau berkata, ibu bapa di Malaysia tidak perlu bimbang kerana Education Malaysia mempunyai sistem prosedur bagi menghadapi sebarang bencana alam dengan melantik seorang ketua bagi setiap 10 pelajar.

Pelajar Malaysia Selamat, Padang Huru Hara

Juzhar berkata, menerusi sistem itu, semua ketua pelajar akan memastikan anggota kumpulannya dapat berhimpun dan tiada sesiapa yang akan ketinggalan.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini malam ini, menyatakan gempa bumi itu berpusat kira-kira 649 kilometer barat daya Siberut, Indonesia, iaitu 1,163 kilometer dari Port Dickson, Negeri Sembilan pada 8.49 malam tadi.

Menurut jabatan itu, gegaran dirasai di beberapa tempat di Selangor serta Johor dan jabatan sedang memantau perkembangan gempa bumi itu.

via
MyMetro

0 comment... add one now