Watson Mahu Saman Penulis Artikel Dedah Masalah Kewangannya

Watson Mahu Saman Penulis Artikel Dedah Masalah Kewangannya,ok: Pemegang rekod kebangsaan 100 meter, Watson Nyambek, menyuarakan kekecewaannya tentang sebuah artikel yang mendedahkan status kewangannya serta menyifatkannya sebagai "tidak beretika dan tidak profesional".

Watson berkata, penulis artikel itu menghubunginya melalui telefon mengenai satu notis muflis yang tersiar dalam ruangan iklan sebuah akhbar tempatan semalam.

Watson Mahu Saman Penulis Artikel Dedah Masalah Kewangannya

"Saya jelaskan kedudukan saya kepada wartawan itu, ia sepatutnya merupakan perbualan antara dua orang kawan dan saya tidak pernah memberi kebenaran kepadanya untuk menyiarkan berita itu.

"Ia merupakan hal peribadi bagi saya serta keluarga saya dan saya kecewa serta marah kerana dia tidak menghormati privasi saya," katanya.

Watson, yang ditemani isterinya, Fellizia Michael, berkata penulis itu sepatutnya meminta kebenarannya terlebih dahulu kerana artikel berkenaan boleh menjejaskan kerjayanya sebagai jurulatih dari segi penajaan dan kredibilitinya.

"Paling penting, saya ingin jelaskan sekali lagi di sini bahawa saya tidak pernah memberi kebenaran kepada penulis itu untuk menyiarkan berita berkenaan, ya, kami memang bergelut dari segi kewangan sejak beberapa tahun lepas, tapi kami tidak cuba untuk mengemis simpati," katanya.

Watson berharap penyiaran berita itu tidak menjejaskan Flying Dayak Club, kelab yang ditubuhkannya bagi melatih atlet di negeri ini. Ketika berkongsi kekecewaan Watson, Felliza berkata mereka mungkin menimbang mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis berkenaan.

"Dua peguam, seorang dari Limbang dan seorang lagi dari Miri telah menghubungi kami bagi menawarkan khidmat mereka sekiranya kami memerlukan nasihat berkaitan undang-undang.

"Saya cuba memanggil dan menghubungi penulis itu melalui WhatsApp sejak pagi tadi, tapi dia tidak menjawab atau membalas mesej WhatsApp saya. Inikah yang dikatakan kewartawanan bertanggungjawab?" tanya wanita itu.

Felliza berkata dia dan Watson berusaha untuk menambah pendapatan dengan berniaga buah-buahan berhampiran pusat beli-belah, menjual beg buatan sendiri dan menjelajah ke seluruh negara untuk mengadakan klinik kejurulatihan di sekolah. - BERNAMA

Watson Mahu Saman Penulis Artikel Dedah Masalah Kewangannya

Terdahulu menerusi laporan dari Malaysia Kini, Watson Nyambek, diisytiharkan muflis susulan gagal membayar balik pinjaman bank yang dibuat bagi membayar kos perubatan bapanya.

Notis muflis yang disiarkan Borneo Post, dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia bagi mengumumkan statusnya akibat tidak melunaskan pinjaman Bank Islam Malaysia Berhad, lapor Malay Mail Online.

Menurut Watson, beliau membuat pinjaman bank berjumlah RM80,000 untuk menampung bil perubatan mendiang bapanya yang menderita barah telinga.

“Barah telinga itu kemudian merebak ke mata. Dia meninggal dunia dua tahun lalu,” katanya dipetik sebagai berkata.

Legenda pecut negara itu berkata, pinjaman dan faedahnya tidak dapat dilunaskan kerana beliau bergaji kecil dengan bekerja jurulatih atlet dengan majlis sukan negeri di Miri.

“Saya juga perlu membayar bil-bil lain,” katanya yang turut membawa perkara itu untuk perhatian seorang menteri kanan Sarawak dua tahun lalu.

“Saya belum menerima sebarang jawapan daripada beliau,” katanya.

Tambah beliau, pinjaman berserta faedah itu kini menjangkau lebih RM100,000.

Pencipta rekod 100 meter dengan catatan masa 10.3 saat 17 tahun lalu itu kini aktif melatih atlet muda termasuk melalui Flying Dayak Club yang diasaskannya.



via
1. http://www.bharian.com.my/node/131057
2. https://m.malaysiakini.com/sukan/332845

0 comment... add one now