Mayat Warga Emas DiTemui Di Reban Ayam

Mayat Warga Emas DiTemui Di Reban Ayam,ok? | Penemuan mayat seorang lelaki berusia 57 tahun di sebuah reban ayam di Felda Lepar Utara 3 semalam merungkai misteri bau busuk yang menyelubungi jiran tetangganya.

Mayat Warga Emas DiTemui Di Reban Ayam

Mayat terbabit dikatakan ditemui oleh jiran sebelah rumah mangsa yang mencari bau busuk yang dihidunya sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Azid Ismail berkata, beliau mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

Beliau turut mengesahkan bahawa mangsa meninggal dunia akibat masalah jantung berdasarkan bedah siasat yang dilakukan.

"Pihak polis menerima laporan jiran mangsa yang baharu pulang dari mesyuarat JKKK mengatakan menemui mayat jirannya dalam reban belakang rumah mangsa dan perkara ini telah disahkan oleh pegawai yang menyiasat," katanya.

Katanya, berdasarkan siasatan ke atas isteri mangsa mendapati mangsa dikatakan telah keluar rumah sejak kira-kira tiga hari lalu dan menyangka bahawa mangsa telah pergi ke rumah anak-anaknya.

"Menurut isteri mangsa juga, mangsa dikatakan mempunyai pelbagai masalah kesihatan. Mangsa didapati telah meninggal dunia kira-kira tiga hari lalu dan tiada unsur jenayah dikaitankan dengan kematian mangsa," katanya.~http://www.sinarharian.com.my/

0 comment... add one now