Mayat Lelaki Terjun Jambatan Pulau Pinang Ditemui

Mayat Lelaki Terjun Jambatan Pulau Pinang Ditemui,ok? | Mayat seorang lelaki yang dilaporkan mati lemas selepas terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, berhampiran Batu Maung pada pagi Selasa berjaya ditemui anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat pada  28 Oktober 2016 kira-kira jam 9.00 pagi.

Mayat Lelaki Terjun Jambatan Pulau Pinang Ditemui

Menurut laporan, mayat mangsa yang dikenali sebagai Sukri Saad, 38, ditemui sekitar jam 9.02 pagi, kira-kira satu batu nautika dari kawasan mangsa dikatakan terjun. Selain itu, beg berisi bata yang masih digalas pada bahunya turut ditemui.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.

Mayat Lelaki Terjun Jambatan Pulau Pinang Ditemui

Rabu lalu, pihak bomba menerima panggilan pada jam 8.40 pagi, mengenai seorang lelaki  yang dipercayai terjun di 11.3km jambatan berkenaan arah Batu Maung.

Kehilangan mangsa disedari oleh seorang anggota peronda yang menemui sebuah motosikal  ditinggalkan di lokasi terbabit.

Susulan itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat melancarkan usaha menyelamat dan mencari.

Mayat Lelaki Terjun Jambatan Pulau Pinang Ditemui

Terdahulu, isteri mangssa dilaporkan merayu pengguna media sosial agar berhenti menyebarkan nota berkenaan.

“Tolong jangan sebarkan apa-apa lagi status dimuat naik daripada Facebook suami saya termasuk gambar kami dan anak-anak.

Mayat Lelaki Terjun Jambatan Pulau Pinang Ditemui

“Perbuatan sebegini secara tidak langsung boleh menjatuhkan maruah seluruh keluarga kami.

“Kami sekeluarga amat tertekan dan saya tidak menyangka perkara ini boleh berlaku walaupun pada hakikatnya saya tahu apa masalah yang dihadapi suami,” katanya

0 comment... add one now