Langgar Lampu Isyarat, Penunggang Motorsikal Dirempuh Kereta,ok!: Satu video yang dirakam pada petang Selasa 15 Mac 201 menunjukkan sebuah kereta (Perodua Alza) merempuh motosikal di satu persimpangan Pandan Indah.
Dipercayai, penunggang motorsikal tersebut melanggar lampu isyarat dan melintas tanpa menoleh kekiri terlebih dahulu. Sebelum kejadian, beberapa motorsikal dilihat melintas tanpa menunggu lampu isyarat bertukar hijau.
Rakaman berdurasi 21 saat yang direkodkan pada pukul 4.25 petang menerusi kamera yang dipasang di papan pemuka sebuah kereta.
Pemandu kereta Alza dirakam merempuh motosikal berkenaan mengakibatkan penunggangnya terpelanting ke seberang jalan.
Penunggang motosikal dilihat terbaring kaku di jalan dan beberapa orang cuba membantunya.
Langgar Lampu Isyarat, Penunggang Motorsikal Dirempuh Kereta
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →