Keluarga Beri Kebenaran Kerajaan Malaysia Urus Mayat Kim Jong Nam

Keluarga Beri Kebenaran Kerajaan Malaysia Urus Mayat Kim Jong Nam,ok!: Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim mengesahkan kerajaan Malaysia mendapat kebenaran waris Kim Jong-nam untuk mengurus mayat abang pemimpin tertinggi Korea Utara itu.

Keluarga Beri Kebenaran Kerajaan Malaysia Urus Mayat Kim Jong Nam

Noor Rashid berkata, kebenaran itu diberikan ketika pihaknya bertemu waris mangsa.

Bagaimanapun, Noor Rashid enggan mendedahkan bila dan di mana pertemuan tersebut berlangsung.

“Mereka telah benarkan kerajaan Malaysia untuk uruskan mayat dan keputusan lanjut (bagaimana mayat itu akan diuruskan) bergantung kepada kerajaan,” katanya dalam sidang media di Shah Alam hari ini.

Terdahulu Noor Rashid merasmikan Seminar Belia dan TN50: Perspektif Keselamatan Negara di Shah Alam.

sumber
http://m.malaysiakini.com/news/375901

0 comment... add one now